![]() |
KD Rahmat ataupun nama asalnya KD Jebat |
KD Rahmat ini asalnya dinamakan sebagai KD Jebat. Dibina di Scotland pada tahun 70an, ia adalah kapal tercanggih di Asia Tenggara ketika itu. Namun pembinaan dan perjalan pulang ia ke Malaysia sendiri mengalami pelbagai masalah. Perjalanan pulang KD Rahmat ini ke Malaysia mengambil masa hampir 2 bulan berikutan pelbagai masalah yang melanda ketika pelayaran pulangnya.
![]() |
Pandangan di kawasan bridge |
Kenapa ditukarkan nama dari KD Jebat ke KD Rahmat? Kalian boleh ikuti pos ini yang amat menarik untuk dibaca sebagai rujukan.Bayaran masuk adalah RM 12 (pemilik MyKad) sahaja. KD Rahmat ini rasanya satu-satunya muzium terapung di Malaysia. Saya tiba di situ pada jam 12 tengah hari. Betul matahari terpacak namun tak menghalang saya dari meneroka kapal ini. Keluarga tidak mengikut dan saya tinggalkan mereka di kereta.
Nak meneliti sepenuhnya tidak sempat. Dalam tak sedar sejam sudah saya di dalam kapal ini. Sehingga tidak sedar juga telefon yang vibrate di poket. Walau seketika saya cuba merakam pengalaman berada di sini.
Keadaan dalam kapal bagi pendapat peribadi saya tidaklah mencapai tahap muzium. Agak bersepah di beberapa bahagian. Ketika lawatan saya terdapat 2 bilik dengan bau yang agak kurang menyenangkan. Ada haiwan 'melepas' di atas tilam di kedua-dua bilik itu. Terdapat beberapa bahagian di dalam yang turut dilengkapi dengan penghawa dingin.
Berapa lamakah kapal ini mampu menjadi muzium? Adakah dengan jumlah kutipan tiket ini mampu menghalang ianya dari mereput karat dan tenggelam? Saya teringat dokumentari di televisyen yang memaparkan muzium kapal perang di barat di mana keadaannya amat baik. Harapnya ada satu penyelesaian atau pun kesudahan yang baik untuk kapal ini.
Kapai ni berhantu weh haha
BalasPadamBetoi bro...sy br pegi melawat 2 hari lepas.. blk terus demam.. dok agk mesti kes masuk blk paling hujung yg simpan sauh tu...adoii laa.... sememangnya aku insan yg lemahh..wakaka
Padam