Jom Bikin Sendiri Aiskrim Ala Paddle Pop!

2 minute read
0
Salam sejahtera semua. Letih juga minda dan mata nak mengerjakan dua unit Gundam yang tertangguh. Namun begitu di celah-celah kesibukan saya bersemangat nak buat aiskrim sendiri untuk anak-anak setelah terpandang resepi yang dikongsikan oleh sseorang rakan Facebook saya. Resipi tersebut ada 2 jenis aiskrim satu keladi dan satu lagi jenis Paddle Pop tapi saya gabungkan menjadi satu. Aiskrim Paddle Pop Keladi.

Aiskrim buatan sendiri ala-ala Paddle Pop
Resipi yang saya fikir agak mudah untuk dibuat. Si suami pun boleh buat. Saya pun sebenarnya belum pernah buat dan ini adalah kali pertama. Turut membantu dan memantau adalah ketua chef iaitu isteri dan juga chef ketot iaitu anak sulung saya. Jadi teruskan membaca untuk membuat aiskrim ala Paddle Pop berperisa keladi!

Aiskrim Ala Paddle Pop Perisa Keladi

Bahan-bahannya:

  1. Setengah tin susu pekat.
  2. 3 cawan susu segar. Saya menggunakan Dutch Lady Full Cream Milk.
  3. 2 sudu teh (tea spoon) ovalett
  4. 2 sudu teh perasa keladi
  5. 2 sudu teh (tea spoon) vanilla essence. Alah,.. Esen vanila tu lah.
  6. Pewarna makanan. Terpulang kepada anda. Pilih warna meriah sikit. Saya guna 4 warna.
  7. Kordial minuman keladi jenama 3 Lion boleh digunakan untuk warna dan rasa keladi.
Pewarna Makanan.
Ovalett juga boleh didapati di pasaraya (bahagian kek).

Cara-caranya:

  1. Masukkan bahan A,B,C, D dan E (1, 2, 3, 4 dan 5) ke dalam balang mixer dan biarkan dia dibelasah hingga kembang. Dalam percubaan saya sekitar 30 minit namun bergantung kepada kelajuan mixer dan pemerhatian anda terhadap adunan.
  2. Adunan tadi dibahagikan kepada beberapa bekas mengikut berapa warna yang anda mahukan. Jika 3 warna makan perlu ada 3 bekas
  3. Setelah diasingkan adunan tadi, tuangkan warna ke dalam setiap bekas adunan tersebut. Kacau sehingga rata warnanya.
  4. Sekiranya anda tidak menggunakan perasa makanan keladi ikut langkah 4 ini. Tuangkan kordial berperisa keladi ke dalam salah satu bekas adunan untuk mendapatkan warna ungu dan rasa keladi.
  5. Tuang selapis demi selapis adunan bewarna tadi ke dalam belas simpanan aiskrim anda. Tuang perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit.
  6. Simpan semalaman di dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku.
Menggunakan mixer kerana adunan akan berkembang sekali ganda dari asal.
Asingkan adunan kepada beberapa bahagian mengikut jumlah warna pilihan.
Tuangkan selapis demi selapis perlahan-lahan.
Comot sedikit dari pandangan sisi.
Simpan semalaman di bahagian sejuk beku.
Siap akhirnya!

Tips:

  1. Untuk mengetahu bagaimana adunan itu kembang, anda cedok dan biarkan ia menitis dari sudu. Jika ia menitik perlahan maka adunan itu kembang baik. Jika ia berat dan laju ianya masih cair.
  2. Adunan perlu betul-betul kembang supaya ianya ringan. Ini penting ketika proses anda mahu menuang adunan selapis demi selapis ke dalam bekas. Jika adunan berat atau cair ia akan merosakkan lapisan bawah dengan menembusinya. Silap-silap tak menjadi.
  3. Kordial perasa keladi boleh menggantikan perasa keladi. Anda dapat pakej. Warna dan rasa.
  4. Bahan-bahan ini semuanya boleh didapati di kedai yang menyediakan bahan membuat kek.
  5. Boleh tak pakai blender? Saya rasa kurang sesuai kerana dengan jumlah bahan ini, setelah dipukul hingga kembang adunan menjadi sekali ganda.
Si kakak berceloteh tidak henti sambil membantu.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !