- Isi dalam beg lepas tu biarkan sahaja?
- Simpan dalam laci?
- Letak atas meja?
- Simpan bawah katil?
Sebenarnya, peralatan fotografi seperti lensa dan kamera DSLR ini mudah terdedah kepada fungus atau kulat jika tidak disimpan dengan baik dan betul. Kes yang selalu kita dengar tumbuh fungus di lensa. Fungus ini tumbuh di permukaan sebelah dalam lensa di mana ia merosakkan salutan/coating di dalam lensa tersebut. Jika terlalu teruk mungkin lensa tersebut boleh dijadikan pemberat kertas sahaja.
Jadi macam mana nak simpan lensa dan kamera dari ditumbuhi fungus ini?
Jawapannya, Dry Box.
"Tapi dry box ni mahalkan harga dia ratus-ratus ringgit gitu."
![]() |
AIPO Digital Series AP-68EX Dry Cabinet yang berharga hampir RM 600. |
Sebenarnya fungus ini terhasil kerana kelembapan yang tinggi. Ada yang kata letak saja di dalam bilik. Biarkan suhu bilik semuanya akan baik. Satu daripada lensa saya tumbuh fungus daripada teknik tersebut. Kebetulan pula seingat saya ketika itu musim hujan yang agak panjang di Malaysia.
Fungsi Dry Box ini adalah untuk mengawal tahap kelembapan di mana kita akan simpan lensa dan kamera kita. Cara nak kawal kelembapan mestilah kena keringkan? Jadi barang apa yang kita perlukan untuk buat dry box sendiri?
1. Bekas Kedap Udara
![]() |
Contoh bekas kedap udara |
Kenapa transparent? Sebab transparent adalah untuk membenarkan cahaya matahari masuk sekaligus memperlahankan dan menghalang pertumbuhan fungus ini.
2. Gel Silika
Gel silika ini mudah didapati di rangkaian kedai Daiso. Alah, kedai barangan Jepun tu. Masuk sahaja, confirm rambang mata. Pilihlah gel silika yang kompak dan tidak mengambil ruang yang luas.Tapi Thirsty Hippo tu silika juga kan?Ya, benar. Tapi Thirsty Hippo ni ada 2 kelemahan pada pandangan saya.
- Kelembapan yang diperangkap disimpan sebagai air di dalam bekasnya di bahagian bawah di mana jika terbalik boleh membuatkan dry box basah dan seterusnya anda tahu apa yang jadi.
- Saiznya agak besar. Boleh letak benda lain lagi. Mungkin 1 body atau dua lensa bersaiz macam 50mm begitu.
Tapi tak ada masalah jika anda beringat dan berjaga-jaga. Saya sendiri guna sebab nak habiskan stok yang ada. Hihi.
3. Meter Hygrometer
Apa benda sebenarnya meter hygrometer ini? Benda ini adalah alat untuk menyukat tahap kelembapan di dalam atmosfera. Aduh, wiki-nya bahasa. Ya, nak ukur tahap kelembapan. Melalui pertanyaan dan perbincangan dengan rakan dan juga blog fotografi saya simpulkan di sini sebaiknya nilai kelembapan di dalam dry box sepatutnya berada di antara 30-60.![]() |
Hygrometer dibeli di Daiso berahrga Rm 5.30 |
Cara Membuat Dry Box
Mudah sahaja sebenarnya. Susun sahaja barangan tadi dengan peralatan fotografi anda dengan elok di dalam bekas kedap utara tersebut. Biarkan hygrometer mengadap dinding bekas supaya mudah dilihat dari luar.![]() |
Contoh dry box milik saya |
Namun begitu ini bukanlah cara simpanan yang betul-betul dijamin. Cuba rajin-rajin keluarkan kamera dan guna. Jangan biar sahaja terus di dalam dry box. Ini merujuk kepada jawapan Teacher Ejad kepada persoalan saya berkaitan isu ini,
anyway, rajinkan diri bukak bekas tu skali skala, bagi ada airflow. takut kering sgtMaksud dia, gunalah kamera tu. Bukan beli untuk simpan. Faham?
Sumber Rujukan: