Review S-300 Skala 1:72 dari 4D Puzzle Model

1 minute read
1
S-300 daripada 4D Puzzle Model
Kebelakangan ini perbelanjaan kepada hobi terpaksa diubah hala untuk sebuah projek lain berkaitan hobi juga. Dalam kekangan kewangan ini saya berjaya menyelitkan pesanan 2 unit model S-300 berskala 1:72 ini dengan harga yang amat rendah dan mampu milik. Kualitinya juga boleh tahan menarik walaupun harganya rendah. Snapfitted!

Jadi teruskan membaca review saya ini.

"Slovak S-300" by EllsworthSK - Own work. Licensed under CC BY-SA 3.0 via Commons.
Foto di atas menunjukkan S-300 milik tentera Slovakia. S-300 ini sebenarnya adalah sistem pertahanan jarak jauh darat ke udara keluaran Russia yang mana pembinaan versi awal bermula dari 1960an di era USSR dan dibangunkan hinggalah kini. Dibangunkan untuk menangkis pesawat dan peluru berpandu. Terbaru Iran dijangka mendapat S-300 mereka selewatnya Disember ini. Kod nama Nato bagi bagi S-300 ini ada SA-10 Grumble.

Tanpa membuang masa saya teruskan review ringkas ini. Ini kali pertama saya mencuba model 4D ini. Kualitinya juga agak menarik. Ibarat memasang Gundam First Grade. Pemasangan tidak sukar walaupun tiada part number pada sprue sebagaimana model kit plastik lain. Yang penting anda perlu cam betul-betul part.

Manual pemasangan
Tiada nombor part tapi visual arahan jelas
Arahan amat jelas pada manual pemasangan
Bukanlah 100% kualitinya namun memadai. Saya memasang 2 unit S-300 ini. Semuanya dipasang baik cuma ada satu-atau dua lubang saya besarkan sedikit supaya membolehkan pemasangan. Tidak ada masalah besar di situ. Cuma berhati-hati dengan bahagian kecil dan rapuh semasa anda menekannya masuk.




Dari segi warna pula bolehlah tahan. Namun jika anda ada kemahiran memasang dan mewarna model kit plastik pasti anda boleh gunakan kepakaran anda ke atas model ini. Anda boleh ubah warnanya dan tutup gap dengan putty. Sebut tentang gap pula tidaklah begitu banyak yang ada. Amat memuaskan hati. Dari jauh boleh acah-acah banding dengan model kit dari keluaran Meng. Hihi!

Hasil akhir 1
Hasil akhir 2
Sumber rujukan: Malaysia Military Diecast Community & Wikipedia.
Tags

Catat Ulasan

1Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !