![]() |
Pasangan yang telah menikmati sesi outdoor percuma ini |
Saya tidak merakam majlis perkahwinan kerana jadual kerja yang tidak menentu. Ditambah pula tiada masa untuk fokus dan memproses foto-foto majlis. Foto outdoor ini lebih santai dan saya selesa kerana tidak begitu berat. Sambil mengasuh anak pun saya masih lagi boleh uruskan.
Saya merakam foto ourdoor keluarga dan solo tidak kira lelaki mahu pun wanita. Hajat saya supaya dapat memberikan sedikit kemanisan yang dapat dikenang nanti bersama anak cucu. Jadi anda bolehlah hubungi saya melalui WhatsApp di 011-24327576 atau tinggalkan mesej di laman Facebook saya iaitu Shafiq Izzuan. Jika respon agak perlahan saya mohon maaf terlebih dahulu berikuta kesibukan dengan kerja hakiki.
Saya galakkan anda jadi lebih kreatif sebenarnya. Boleh fikirkan tema dan bawa props sendiri sebenarnya. Jika memerlukan khidmat nasihat boleh juga dibincangkan. Janji kita jadikan sesi fotografi itu yang terbaik semampunya dengan usaha saya dan anda.
Anda dapat kenangan dan foto. Saya dapat kepuasan dan keriangan.
![]() |
Pasangan bahagia hingga ke akhirnya. Insya-Allah. |
![]() |
Tuan rumah lokasi penggambaran yang begitu sporting |
![]() |
Bertindak sekarang! |