Hang ni biasa pergi Jepun ke?
Saya pun tak pergi lagi ke Jepun. Dimasukkan di dalam senarai impian untuk dilawati jika kaya nanti. Kalau orang derma juta-juta lajulah sikit. Haha! Kalau ke sana mestilah kita kena makan. Tapi di tempat orang yang bukan majoritinya Islam agak sukar mencari makanan yang halal. Roti dan air kotak pun bukan boleh dimakan minum begitu saja.
![]() |
Sushi - Amat sinonim dengan Jepun |
Jadi macam mana nak kenal pasti makanan yang halal?
Kita tengok bahan-bahan yang digunakan. Walau dalam bahasa Jepun, saya kongsikan satu dokumen ringkas untuk mengenali bahan dalam makanan di sana melalui satu set dokumen perbendaharaan kata. Sesuai untuk mereka yang mahu tinggal lama atau pun geng backpackers.Dokumen ini saya lupa sebetulnya dari mana tapi yang saya ingat dimuat turun dari group yang bertemakan Jepun di Facebook cuma tidak ingat yang mana satu. Yang pasti terima kasih kerana berkongsi dan saya akan sampaikan pula untuk yang lain.
Dokumen ini menunjukkan senarai bahan yang ditulis dalam Kanji, Katakana dan Hiragana. Ia juga menunjukkan cara sebutan dan maksudnya. Sesuatu yang penting bagi saya untuk anda yang bakal ke sana. Jangan lupa cetak ya.
![]() |
Secebis dari dokumen ini. |
Dikumpul dan didokumenkan oleh Dr. Ayman El-Sayed dari Uinversiti Hokkaido. Muat turun di sini.