Konvoi Pos Pulau Pinang - Kelantan

0

Pertama kali menaiki motorsikal ke sebuah destinasi jauh. Pengalaman ini membuka dimensi baru dalam kehidupan saya. Konvoi ke Kota Bharu, Kelantan dengan jarak keseluruhan lebih kurang 750 km oleh rakan kerja Pos Pulau Pinang berlangsung pada 7 dan 8 September 2019 yang lalu.

Taklimat dan bacaan doa sebelum perjalanan bermula.

Bergambar di Hentian Titiwangsa
Awalnya hanya ada empat nama sahaja untuk misi Kota Bharu ini. Saya juga berkira-kira kerana agak kurang yakin dengan motorsikal saya untuk ditunggang merentasi Titiwangsa ke Kota Bharu.  Sebulan sebelum tarikh akhir, tiba-tiba semangat tiba dengan ajakan rakan-rakan sekerja. Akhirnya 12 nama berjaya diperolehi. Ketika hendak bertolak pada pagi 7 September 2019, terdapat seorang lagi peserta menjadikan konvoi ini dengan kekuatan 13 peserta.

Jambatan Guillemard

Pantai Cahaya Bulan

Kopitiam Meletop berhampiran Masjid Muhammadi
Kami menjadikan Surau Iktifadiah di Baling sebagai titik pertemuan. Bersarapan tidak jauh di situ, perjalanan dimulakan jam 8 pagi. Sebelum bertolak, ketua konvoi dan marsyal memberi taklimat seterusnya membaca doa agar selamat dan dipermudahkan perjalanan. Selalu pergi dengan kereta. Kali ini melalui jalan ini dengan motorsikal. Sepanjang jalan tidak lekang mengucapkan syukur atas pemandangan dan cuaca yang baik sepanjang perjalanan.

Muzium Perang / Bank Kerapu

Pameran Model Skala Ketenteraan
Sebahagian pameran dalaman muzium



Pameran Model Skala


3 kali mengisi minyak, titik perhentian di Titiwangsa tidak dilepaskan. Berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan. Dari jam 8 pagi, kami tiba ke inap desa di Peringat, Kelantan tepat jam 2 petang. Perjalanan yang amat menenangkan. Kawalan marshal yang baik serta kerjasama peserta konvoi menjadikan saya yang baru pertama kali berkonvoi rasa selesa dan dapat menikmati perjalanan.

Kampung Kraftangan, Kota Bharu.

Antara cenderahati yang dijual.

Pekedai sedang menyiapkan cenderahati yang ditempah.

Hasil seni untuk jualan


Jika mengikut senarai cadangan, ada banyak tempat untuk dilawati. Namun begitu dengan garis masa yang amat singkat iaitu 2 hari satu malam, kami berjaya ke tempat berikut:

Jambatan Guillemard
Rantau Panjang
Rantau Panjang
Muzium Bank Kerapu
Kota Sultan Ismail Petra
Kampung Kraftangan
Masjid Muhammadi
Pantai Cahaya Bulan
Wakaf Che Yeh
Pasar Malam Parit Dalam

Perjalanan balik bermula dari Rantau Panjang sejam selepas Zohor. Singgah pula di Bukit Bunga sebelum menuju ke stesyen minyak Batu Melintang di mana hujan mula turun hingga kami tiba di Grik. Tiba di Kupang, konvoi berhenti rehat sebelum masing-masing berpecah ke lokasi rumah sendiri. Saya masih berbaki hampir 50 km lagi untuk tiba ke rumah. Sekali lagi ditimpa hujan hingga ke kawasan Kulim Hitec.

Masjid Beijing, Rantau Panjang.

Menuju ke ruang solat utama.

Menuju ke Pusat Bebas Cukai Rantau Panjang
Banyak yang dipelajari daripada pengalaman kali pertama menunggang motorsikal jarak jauh ini. Memberikan saya idea untuk membuat perjalanan sendiri menikmati pemandangan alam sambil mulut berzikir akan nikmat yang tuhan limpahkan. Setelah hampir 800 km jarak perjalanan keseluruhan membuatkan saya tersedar akan satu perkara.

"Yang penting adalah perjalanan itu sendiri. Kemudian adalah destinasinya."

Senja di Titiwangsa selepas hujan lebat.

Bersedia untuk ke turun ke Grik dari Titiwangsa.
Terima kasih Kelantan Darul Naim. Pasti akan ku kembali melawatmu nanti.

Terima kasih juga kepada Cikgu Che Hisham dalam berkongsi lokasi menarik di Kota Bharu.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !