Petang tadi sekitar jam 6 saya dan keluarga tiba di Upcycle Park yang terletak bersebelahan dengan bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai di Bandar Perda, Bukit Mertajam. Hajat di hati untuk beriadah dan berjalan mengelilingi tasik kecil itu. Tapi saya terjumpa '
BUKU JALANAN'.
 |
Bergambar di pintu gerbang Upcycle Park |
Setibanya di lokasi, mata terus tertumpu pada kawasan berumput. Kelihatan kad yang tertulis ‘BUKU JALANAN’ dan ‘ BACA PINJAM PERCUMA’. Saya biarkan isteri dan anak-anak mengelilingi taman tersebut sementara saya melihat-lihat apakah Buku Jalanan ini? Kali pertama ke Upcycle Park ini, pengalaman yang sangat menarik nampaknya.
 |
Perintis Buku Jalanan Seberang Perai berbaju hijau |
 |
Buku Jalanan Upcycle Park |
Buku Jalanan Seberang Perai ini adalah sebahagian dari inisiatif buku jalanan yang boleh diibaratkan seperti perpustakaan. Cuma berbezanya di sini adalah perpustakaan itu hadir kepada anda dengan menggunakan ruang awam untuk membentuk pembudayaan ilmu masyarakat. Sebab itu anda akan jumpa Buku Jalanan ini menyasarkan kawasan riadah seperti taman awam.
 |
Koleksi buku untuk pembacaan anda |
Berkonsepkan indie, Buku Jalanan ini menerapkan B.A.C.A sebagai teras pengoperasian mereka.
B: Books – Buku
A: Arts – Seni
C: Culture – Budaya
A: Activism – Tidak cergas
 |
Penerangan tentang Buku Jalanan |
Empat elemen ini boleh diterapkan di sebuat poin Buku Jalanan bagi mendekati masyarakat. Konsep yang diamalkan juga mudah dengan kepercayaan terhadap masyarakat itu sendiri. Saya sendiri meminjam dua buah buku. Tidak ada tempoh had bacaan dan pemulangan. Hanya kejujuran menjadi akad antara peminjam dan pustakawan Buku Jalanan ini. Sekiranya anda ingin menyimpan buku yang dipinjam itu, tukar sahaja buku di dalam koleksi anda dengan pustakawan Buku Jalanan ini.
 |
Buku Jalanan Seberang Perai mencari dana membina beca buku |
Daripada perbualan dengan perintis Buku Jalanan Seberang Perai di Upcycle Park, Perda tadi, beliau sudah pun bertapak di situ selama 3 minggu iaitu setiap hari Ahad jam 5 petang. Beliau juga menyatakan memerlukan sukarelawan untuk bergandingan dengan beliau di lokasi tersebut. Disamping itu, beliau juga sedang membuat kutipan bagi membolehkannya membuat sebuah beca buku bagi memudah dan menarik perhatian pembaca di tempat awam. Tambah menarik lagi pelbagai aktiviti disulam bagi menarik minat seperti aktiviti mewarna dan juga perkongsian percuma pakaian terpakai.
 |
Dua naskah buku yang saya pinjam |
Saya melihat inisiatif yang positif ini perlu diteruskan. Berapa kali dalam setahun kita ke perpustakaan?
Buku Jalanan Seberang Perai di Upcycle Park Bandar Perda beroperasi pada setiap Ahad jam 5 petang jika tiada sebarang halangan.
Laman Facebook: Buku Jalanan Seberang Perai
Buat blog tentang taman rekasi yang wujud di pulau pinang
BalasPadamTerima kasih di atas cadangan saudara. Sesuatu yang menarik.
Padam