Di dalam dunia, terdapat banyak bahan atau sebatian berbahaya yang dicipta manusia. Ada yang membunuh dan ada yang digunakan untuk seharian. Ada juga yang tak mampu dikaji manusia kerana sifatnya yang amat sukar dikawal. Berikut disenaraikan 5 bahan paling berbahaya di atas muka bumi.
5. Dimethylmercury
Bahan ini adalah bahan yang beracun namun digunakan untuk mengesan sifat beracun di dalam logam berat. Cecair tidak berwarna dan mudah meresap ini mudah mengakibatkan keracunan merkuri walau dengan jumlah pendedahan yang amat sikit.
Seorang pakar pendedahan toksik logam berat iaitu karen Wetterhahn meninggal dunia pada tahun 1997 akibat terkena bahan ini pada 1996. Beliau ketika itu di dalam makmal sedang memindahkan dimethylmercury ini menggunakan pipet untuk menguji sifat beracun di dalam cadmium. Dua titisan dimethylmercury mengenai sarung tangan getah yang dipakainya.
Karen mempercayai dirinya tidak terdedah kepada bahan tersebut dengan perlindungan sut makmalnya mengambil langkah keselamatan membersihkan kawasan itu. Tanpa diketahui sains ketika itu, sarung tangan getah tersebut tidak mampu menahan dimethylmercury dan ia mampu meresapi kulit manusia sepantas 15 saat.
3 bulan selepas itu, Karen menghadapi gejala tidak selesa di perut, pertuturan menjadi tidak jelas, hilang keseimbangan dan penurunan berat yang begitu ketara. Ini merujuk kepada kesan keracunan merkuri yang menyerang sistem saraf. Karen juga menjalani terapi Chelation secara agresif namun begitu kesihatannya menurun hari demi hari.
Hilang keupayaan bertutur, berfikir dan kelesuan yang teramat, Karen koma dan bergantung sepenuhnya kepada sistem sokongan hidup. Pada 8 Jun 1997, Karen diisytiharkan meninggal dunia setelah suaminya membuat keputusan untuk menghentikan sistem sokongan hidup tersebut.
4. Asid Fluoroantimonik
Pernah dengar asid sulfurik yang begitu mengakis? Asid fluoroantimonik ini empat juta kali ganda lebih mengakis dari sulfurik. Tahap mengakis terlampau tinggi ini akan mengakis semua peralatan makmal yang diperlukan untuk mengkajinya. Kaca dan plastik begitu mudah dihakis oleh asid ini.
Jika begitu tahap mengakisnya, bagaimana asid ini disimpan?
Ia disimpan di dalam bekas yang diperbuat daripada Teflon. Ini kerana bahan yang terdapat di dalam Teflon mampu bertahan dengan sifat mengakis fluoroantimonik ini.
Teflon? Macam pernah dengarkan? Kuali non-stick.
3. Azidoazide Azide
Ini adalah bahan yang paling aneh sekali. Azidoazide azide ini adalah bahan yang begitu sensitif mudah meletup dan mengeluarkan asap yang amat bertoksik!Sebatian yang sangat tidak stabil ini menjadikannya mustahil untuk disimpan dan dikaji. Pasukan ahli kimia yang menjumpai sebatian ini juga tidak mampu mengukur sifat sebatian ini secara tepat kerana ia meletup sebaik sahaja cahaya infra merah dikenakan.
Azidoazide azide ini akan meletup jika:
- Disentuh atau digerakkan
- Dilarutkan
- Terdedah kepada cahaya terang
- Dibiarkan sahaja di atas plat kaca
2. Chlorine Trifluoride
Sebatian Chlorine trifluoride ini memang digunakan di dalam industri, komponen kepada bahan api roket, sektor penghasilan semikonduktor dan juga pemprosesan minyak reaktor nuklear. Ditemui oleh saintis Nazi daripada Institut Kaiser Wilhelm tidak lama sebelum perang dunia kedua berlaku, bahan ini amat mengakis dengan membakar setiap benda yang disentuhnya termasuk konkrit. Selain itu, ia juga menghasilkan asap beracun.Saintis Nazi tidak berjaya untuk menjadikan chlorine trifluoride sebagai senjata kerana sifatnya yang begitu mengakis dan berbahaya untuk dikendalikan di medan perang. Walaupun begitu, 50 tan bahan ini telah ditemui setelah kilang penghasilan chlorine trifluoride ini ditawan tentera Russia ketika perang dunia kedua hampir ke penghujungnya.
Bayangkan... Konkrit pun boleh terbakar.
1. Dimethylcadmium
Dikatakan sebagai bahan paling bertoksik di muka bumi dan lebih bahaya daripada dimethylmercury. Para ahli kimia menyifatkannya sebagai paling berbahaya kerana karekternya yang ringan amat mudah meruap dan mencetuskan sel kanser kepada yang terdedah. Jika dimethylcadmium ini terkena air, ia akan meletup dengan mudah dan terurai menjadi dimetil kalsium peroksida iaitu bahan yang mudah meletup.
Hanya dengan molekul yang kecil, ia menjadi satu sebatian yang paling mudah meruap, bertoksik, mudah meletup dan menjadi pencetus kanser. Ini menjadikan ia hanya wujud di makmal dan tidak banyak ahli kimia yang menggunakannya untuk kajian kerana ada beberapa sebatian lain yang sesuai dan tidak berbahaya seperti dimethylcadmium.
Sudahlah meletup, mencetus kanser pula.
Foto: Freepik.com