Move On Sahaja di Toko Barang Mantan

0

Toko Barang Mantan adalah sebuah tempat di mana anda boleh menjual barang kenangan pemberian kekasih supaya anda mampu meneruskan kehidupan tanpa cinta lalu. Tinggalkan sahaja kenangan di Toko Barang Mantan. Ini adalah review saya.


Watak Utama:

  • Reza Rahadian sebagai Tristan
  • Marsha Timothy sebagai Laras


Watak Pembantu:

  • Dea Panendra sebagai Amel
  • Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai Rio


Jumlah episod: 1

Platform: Netflix



Mengisahkan tentang Tristan, seorang pemuda yang tidak menghabiskan pengajiannya demi menguruskan perniagaan kecil yang unik iaitu membeli dan menjual barang kenangan bekas kekasih dari mereka yang bersedia untuk meneruskan kehidupan. Diberikan nama Toko Barang Mantan, kedai ini juga diuruskan oleh Rio dan juga Amel seorang pekerja separuh masa kerana dia seorang pelajar kolej.


Kemahiran Tristan menjual barang kenangan bekas kekasih ini bermula ketika dia dalam pengajian lagi. Kerana terlalu fokus terhadap perniagaan itu, Tristan tidak menghabiskan pengajiannya di peringkat akhir. Perhatian diberi sepenuhnya kepada Toko Barang Mantan yang sentiasa dikunjungi oleh orang dengan bermacam ragam. Sehinggalah Toko Barang Mantan dikunjungi oleh seseorang yang amat Tristan kenali.


“Tris…”


Hanya Laras sahaja yang memanggil Tristan dengan panggilan begitu. Minda Tristan mula mengimbau kenangan bersama Laras di kolej dahulu. Namun begitu hadirnya Laras setelah sekian lama adalah untuk memberikan kad jemputan perkahwinan dengan tunangnya, Nino. Harapan Tristan untuk mengejar semula cinta Laras terhenti di sempadan kenangan.


Tambah berantakan jiwa Tristan apabila Laras datang sekali lagi. Kali ini mahu menjual cincin tanda tunangnya. Jiwa Tristan ligat mahu menyambung kembali kisah mereka berdua. Namun begitu, adakah mampu Tristan mengubah segalanya? Apakah harga yang perlu Tristan bayar untuk mendapatkan cinta Laras semula.


Adakah Tristan akan mengambil kesempatan di atas situasi Laras?


Paling penting, adakah Laras begitu mudah melupakan tunangannya atau Tristan sentiasa ada di dalam hati?


Pergolakan jiwa Tristan pun bermula. Adakah Tristan tetap Tristan di akhir cerita?


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !