Memandangkan pandemik masih lagi membataskan pergerakan kita semua termasuk saya yang begitu teruja untuk memulakan kembara, maka saya meluangkan masa menjelajah di intetnet untuk mencari laluan jalan raya yang aneh, berbahaya dan unik untuk tatapan semua. Untuk segmen ini, saya akan mulakan dengan Laluan Troll di Norway.
Siri Jalan Berbahaya: 01
Trollstigen atau pun terjemahannya Laluan Troll di Norway ini menghubungkan bandar Andalsnes di Rauma dengan perkampungan Validal di wilayah Norddal. Terletak di bawah Laluan 63 Norway, Trollstigen ini sendiri mempunyai jarak sejauh 55 kilometer dengan landskap pergunungan yang begitu indah. Laluan ini juga mempunyai ketinggian 850 meter dari aras laut menjadikan ianya begitu curam di setiap selekoh tajamnya.
![]() |
Air terjun Stigfossen |
Pada ketinggian 700 meter, sebuah dataran telah dibuka lengkap dengan tempat letak kenderaan bagi membolehkan pelancong ke melihat lembah Trollstigen dan juga air terjun Stigfossen yang mempunyai ketinggian 320 meter di sisi pergunungan.
![]() |
Platform pemerhatian Trollstigen |
Laluan ini dibina selama 8 tahun dan dibuka pada 31 Julai 1936 oleh raja Norway ketika itu, Raja Haakon Ke-8. Trollstigen ini mempunyai begitu banyak selekoh yang tajam dan sempit sehinggakan kenderaan panjang melebihi 40 kaki tidak dibenarkan melaluinya. Banyak selekoh-selekoh tajam ini dilebarkan semula bagi membolehkan kenderaan panjang seperti bas yang tidak melebihi 43 kaki menggunakan laluan ini seterusnya menjadikan daerah-daerah di sepanjang Trollstigen sebagai destinasi perlancongan Norway.
![]() |
Pusat maklumat pelancong |
Laluan ini tidak beroperasi sepanjang tahun. Pada penghujung musim luruh ia akan mula ditutup hingga tamat musim sejuk. Ini untuk mengelakkan kemalangan akibat runtuhan salji, laluan licin dan darjah penglihatan yang begitu terhad ketika musim sejuk. Adakalanya ia juga ditutup sekiranya mendapat laporan cuaca buruk bakal melanda kerana hujan dan kabus cukup untuk menjejaskan keselamatan pengguna Trollstigen.
Lebih 7 juta ringgit dibelanjakan oleh kerajaan Norway untuk membaiki Trollstigen pada 2005 bagi memastikan keselamatan jalan ini sentiasa di tahap optimum bagi memacu pembangunan wilayah sekitarnya.
Kalau boleh ride ke sini… Nikmat!
Maunya tidak. Tepi jalan. Tinggi lak tu haahha
BalasPadam