Sebuah perjumpaan yang memang saya sendiri nantikan dan penuh dengan aktiviti menarik. Kerjasama antara AUG, mySAMDROID, MAiC dan juga kolaborasi bersama dengan blogger IT popular Malaysia iaitu Amanz Network dan akhir sekali Astro Awani.
Perjumpaan ini diadakan secara santai dan bermula sekitar jam 10 pagi hingga ke lewat petang. BBQ juga disediakan dan makanan serta minuman percuma menanti pengunjung. Bawa keluarga anda bersama menyertai kemeriahan gajet ini.
Tarikh: 14 Jun 2014
Lokasi: Batu Feringghi, Pulau Pinang
Waktu: 10 pagi hingga petang
Antara aktiviti yang diadakan adalah:
- Bengkel pengaturcaraan bagi pelantar iOS dan Android
- Bengkel pembangunan aplikasi bagi pelantar iOS dan Android
- Sesi pembaikan gajet anda bersama pasukan GFG
- Jualan aksesori dan juga powerbank
* Maklumat akan dikemaskini dari masa ke semasa.