Salam sejahtera. Rasanya rakyat Malaysia kini tengah memantau pergerakan kapal laut daripada China. Ini berikutan ledakan aplikasi Pinduoduo yang kini popular di Malaysia untuk pembelian barang terus dari China dengan kos penghantaran percuma.
Pinduoduo dilahirkan oleh Colin Huang, seorang bekas jurutera Google. Kewujudan Pinduoduo ini secara tak langsung memberikan saingan kepada Alibaba dan JD.com yang memang sudah mempunyai pasaran yang stabil di China. Bermula dengan misi membantu petani menjual hasil pertanian tanpa orang tengah ia menggunakan pendekatan unik iaitu pembelian berkumpulan untuk mendapatkan harga yang murah. Pada tahun 2020, platform ini dianggarkan mempunyai 700 juta orang pengguna aktif. Pada 2022, Temu telah dilancarkan di Amerika Syarikat sebagai langkah Pinduoduo ke peringkat antarabangsa.
Saya sendiri sudah lama membeli barang daripada China. Sekitar tahun 2010, saya sudah mula menyelam di laman Taobao. Ketika itu, belum ada lagi aplikasi e-dagang seperti hari ini. Setiap pembelian kecil atau pun besar hendaklah menggunakan forwarder yang menguruskan penghantaran ke Malaysia. Anda perlu membayar dua kali pengeposan. Pertama, daripada penjual ke gudang forwarder. Kedua, forwarder ke Malaysia. Sebab itu selalunya pembelian pukal atau pun banyak item adalah berbaloi.
Baru-baru ini saya cuba merasai pengalaman membeli di Pinduoduo. Tidak berasa kekok malah lebih mudah berbanding dulu. Tambahan pula ada penghantaran percuma melalui laut ke Malaysia.
Barang pertama yang saya beli adalah top box 55 liter dari kedai rasmi. Setelah mengamati ulasan pembelian, saya membuat keputusan untuk membelinya pada 15 Mei yang lalu pada harga RM 32. Pembayaran juga mudah dengan menggunakan Touch N Go. Tepat sebulan setelah pembelian, top box saya tiba pada 15 Jun baru-baru ini dengan keadaan selamat.
![]() |
| Setelah dikeluarkan daripada kotak. |
Dari segi kualiti, boleh saya katakan sesuailah dengan harganya. Jangan pula anda cuba bandingkan dengan jenama lain yang dijual di Malaysia. Material plastiknya nampak baik tapi saya yakin akan cepat pudar jika selalu berada di tempat panas.
![]() |
| Tapak dan skru serta pelapik. |
![]() |
| Tapak dan juga backrest. |
Backrest untuk top box ini adalah jenis kosong dan diikat dengan skru. Saya tak akan pasang backrest ini kerana ia menggunakan 4 skru dan perlu tebuk top box ini di mana meningkatkan risiko untuk bocor. tapak skru backrest ini juga menjadikan ianya tidak kukuh untuk dipasang.
![]() |
| Top box ini perlu diikat skru terus ke tapak. |
![]() |
| Boleh memuatkan sebuah helmat dan juga baju hujan. |
![]() |
| Bahagian kunci ini akan bergegar sepanjang perjalanan anda. |
![]() |
| Mekanisma kunci ini ada pergerakan yang akan berbunyi sepanjang perjalanan. |
![]() |
| Bahagian ribet ini mungkin perlu silikon sekiranya mengalami kebocoran. |
![]() |
| Pandangan bawah tapak. |
![]() |
| Close up kedudukan top box setelah dipasang. |
![]() |
| Pandangan penuh kedudukan top box setelah dipasang. |
Saya sendiri bukanlah peminat top box kerana ia akan menjadikan dimensi motorsikal saya lebih panjang. Memandangkan keadaan sekarang di mana saya ada membawa barang-barang lain, saya terpaksa juga memakai top box. Itulah yang membuatkan saya membeli top box dari Pinduoduo ini dengan harga RM 32. Sekiranya saya selesa, mungkin saya akan menggantikannya dengan top box lebih kukuh yang dijual di pasaran tempatan.
Pelekat asalnya sangat hodoh di mana saya terpaksa bekerja keras mencabutnya. Anda perlukan sticker remover atau pengering rambut kerana gamnya sangat kuat dan meninggalkan bekas. Pelekat kiri dan kanan saja saya tidak tanggalkan lagi kerana malas.
Sejujurnya, ianya sesuai dengan apa yang dibayar.
Terima kasih abang Wan Kedah atas pelekat yang memang... Umphh!












0 Ulasan
Terima kasih atas komen anda