Earphone berharga RM 6.90 ini dibeli lama sebelum puasa. Tidak apa kotak khas. Cuma didatangkan di dalam beg plastik zip lock kecil yang memuatkan:
- 1 unit earphone bluetooth
- 1 unit kabel USB pengecas
- 2 pasang getah earphone
- Manual pengguna
Sambungan ke telefon amat mudah. Hidupkan fungsi bluetooth di telefon dan hidupkan earphone. Ianya akan berkelip-kelip biru dalam proses pairing. Kawalan di earphone ini juga bagus walau kelihatan seperti mainan plastik kanak-kanak. Yang boleh dipuji juga adalah earphone ini mempunyai magnet dan membolehkan ia digantung di leher sekiranya tidak digunakan.
Sekiranya anda mengecasnya, lampu merah akan menyala. Sebaik sahaja bertukar biru, ia menandakan earphone telah dicas penuh. Lampu merah akan berkelip-kelip menandakan bateri lemah dan sekiranya anda sedang menggunakannya, ada bunyi notifikasi akan berulang kali berbunyi yang mana tidak akan berhenti sehingga earphone dimatikan atau bateri terus habis.
Apa kekurangannya?
- Kualiti bunyi seperti earbud murah di pasar malam.
- Bateri cepat lemah. Cas 10 minit penuh dan mampu bertahan lebih kurang sejam sahaja.
- Ada bahagian yang longgar menjadikan ia seperti mainan plastik mudah kanak-kanak.
Bersesuaian dengan harganya. Fungsi HiFi pada Vivo V5S juga tidak berfungsi dengan penggunaan earphone bluetooth.. Cuma saranan saya, anda boleh cuba gunakan earphone berwayar dari jenama lain seperti Remax atau Xiaomi Piston. Saya sendiri menggunakan Remax RM-610D dan juga Earpods daripada Apple yang dipadankan dengan Vivo V5S.