YouTube tidak dapat dinafikan sebagai salah satu portal penstriman utama di dunia. Selain memberikan kandungan percuma, ia juga mempunyai kandungan berbayar. Bagi membolehkan ianya ditonton sebaik mungkin, aplikasi YouTube akan menukar kualiti video mengikut kelajuan semasa internet anda.
Kemaskini YouTube yang terbaru (tidak baru sangat) sedikit berbeza dengan sebelum ini. Anda boleh membuat tetapan kualiti mengikut setiap video yang ditonton atau anda boleh membuat tetapan yang sama untuk semua video yang ditonton di YouTube.
Jika anda menekan tetapan video (tiga titik menegak) di sebelah kanan atas, anda akan dapat melihat tetapan seperti tangkap layar di atas. Namun begitu tetapan ini hanyalah untuk video yang dimainkan ketika itu.
Auto (recommended)
Tetapan ini disarankan oleh YouTube. Sama seperti sebelum ini. Ia membolehkan YouTube mengubah kualiti video mengikut kelajuan dan kestabilan internet anda. Jika liputan internet baik, maka anda akan disajikan dengan tetapan tertinggi yang bersesuaian begitu juga sebaliknya.

Higher Picture Quality
Tetapan ini akan sentiasa menggunakan kualiti tertinggi tanpa mengambil kira kelajuan internet anda. Walaupun begitu, saya tidak pernah mendapat kualiti lebih daripada 720p walau dalam kelajuan internet yang baik dan stabil. Jika anda menggunakan pelan data, tetapan ini akan menggunakan kuota data yang tinggi.

Data Saver
Tetapan ini akan memilih kualiti video yang rendah bagi meminimakan penggunaan kuota data anda.
Tetapan ini akan memilih kualiti video yang rendah bagi meminimakan penggunaan kuota data anda.
Advanced
Tetapan ini membolehkan anda menetapkan sendiri kualiti video tertinggi yang ada pada video tersebut.
Tetapan ini membolehkan anda menetapkan sendiri kualiti video tertinggi yang ada pada video tersebut.
Sekiranya anda mahu membuat tetapan umum untuk internet selular dan WiFi, anda boleh menekan link di bawah menu tetapan kualiti tersebut atau pun melalui menu tetapan paparan utama aplikasi YouTube. Settings > Video Quality Preferences.
Tetapan ini terbahagi kepada dua iaitu talian selular (mobile networks) dan juga WiFi. Tetapan yang diset ini akan menjadi tetapan standard atau default.