Collectors Toy Fair Kuala Lumpur 4 Bakal Kembali!

0

Collectors Toy Fair Kula Lumpur 4 (CTFKL 4) sah bakal berlangsung kembali di Kuala Lumpur pada. Masa yang amat ditunggu oleh pengumpul mainan dan hobi untuk bersatu sekali lagi di bawah panji CTFKL. Satu acara yang diusahakan tanpa sokongan dana syarikat besar. Semua dilakukan secara indie dengan aktiviti fund raising yang mana tidak kurang gempaknya seperti Kampung Style Toy Fair tidak lama dahulu.

Sebuah video promo mantap CTFKL 4 telah dimuatnaik pada 30 Oktober yang lalu, tepat jam 12.50 pagi oleh pengasas CTFKL sendiri iaitu saudara Wan Kedah. Dengan video itu maka terlerai sudah rindu dendam dan tanda tanya tentang CTFKL seterusnya. Difahamkan juga pengumuman CTFKL kali ini adalah awal berbanding sebelum ini kerana ingin memudahkan peminat yang menggunakan kapal terbang menempah tikat penerbangan. Gempak gitu punya tarikan!
Kepada yang masih tidak tahu, CTFKL ini bukan sekadar kita bergembira sahaja. Ini adalah acara amal yang turut meraikan mereka yang kurang bernasib baik. Kalau boleh nak masuk nanti isilah lebih sikit dalam tahung di pintu masuk sebab setiap yang anda isi akan sampai kepada mereka yang memerlukan. Nama CTFKL itu sendiri saja sudah gah maka 460 gerai jualan dan pameran sudah pun habis ditempah oleh penjual, kelab dan peminat hobi yang bakal membuai jiwa anda.


Kali ini CTFKL 4 bakal menampilkan maskot baru yang asli dan  mantap. MAT NOQ TARAKUCHA bakal menerajui CTFKL 4 kali ini. Lokasi yang dipilih kali ini adalam TM Convention Centre, Kuala Lumpur. Lokasi kali ini lebih selesa untuk semua pengunjung. Mesin ATM, medan selera dan juga WiFi percuma ada di situ. Lebih penting lagi, CTFKL berjaya mendapatkan 500 petak letak kereta percuma untuk kemudahan pengunjung. Selain itu lokasi ini juga mudah diakses kerana stesyen LRT Kerinchi yang berdekatan. Hanya perlu berjalan 300 meter sahaja untuk sampai ke lokasi CTFKL 4.

Tak sabaq, oi nak jumpa Mat Noq!

Acara: Collectors Toy Fair Kula Lumpur 4
Lokasi: TM Convention Centre, Kuala Lumpur
Tarikh: 31 March 2018
Web: http://www.ctfkl.com/
Facebook: CTFKL : Collectors Toyfair Kuala Lumpur

  • 300 meter sahaja dari Stesyen LRT Kerinchi
  • Mesin ATM
  • Medan selera
  • WiFi percuma
  • 500 tempat letak kereta percuma

"ingat kita tiada sponsor.. Fans for Fans cara tarakucha saja..."
Buat pengetahuan anda semua, satu semboyan akan dibuat bagi membantu menjayakan lagi CTFKL ini. Acara ini adalah indie sepenuhnya. Dari peminat untuk peminat.  Bersamalah kita membantu sebaiknya apabila saat kita diperlukan. Rajin-rajin semak laman Facebook dan web CTFKL untuk maklumat lanjut.

Nak Beli Makan Ka Menan?
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !