Insiden Memalukan Stesyen Penyiaran Korea Selatan


Sabtu, 30 Julai 2005 adalah hari paling malang buat dunia penyiaran Korea Selatan terutamanya saluran Munhwa Broadcasting Corporation atau pun dikenali sebagai MBC. Ini adalah kerana apa yang mereka tidak jangkakan berlaku di dalam sebuah siaran langsung yang dipancarkan ke seluruh Korea Selatan pada Sabtu tengah hari tersebut.


Pada masa itu, MBC boleh dikatakan salah satu stesyen penyiaran yang mempunyai teknologi yang bagus. Ini kerana siaran mereka menggunakan format penuh berdefinisi tinggi (HD) 1080p dengan 60 bingkai per saat (fps). Di era kebangkitan muzik indie sekitar 2005, pihak MBC juga tidak terlepas dari merebut peluang momentum ini dengan membawakan kugiran indie di Korea ke rancangan Music Camp yang bertemakan konsert secara langsung (live concert). Dalam satu slot di dalam Music Camp yang dipanggil ‘Is This Music Good?’, sebuah kugiran punk rock, Rux telah diberi peluang untuk beraksi.

Vokalis Rux: Won Jon-hee

Rux yang diketuai oleh Won Jon-hee menjemput kugiran-kugiran lain untuk bersama-sama di dalam slot tersebut. Separuh persembahan, dua orang lelaki melucutkan seluar dan mula melompat mengikut kemeriahan persembahan. Tanpa seurat benang di bahagian bawah pinggang tersebut, alat sulit mereka berdua yang bergoyang-goyang dirakam oleh kamera berdefinisi tinggi yang sedang panning ke arah pentas. Walaupun selama 5 saat, ianya telah tersebar ke seluruh Korea Selatan. Para penonton di dalam auditorium jelas terkejut dengan tindakan kedua lelaki tersebut.

Detik berbogel yang tersiar ke seluruh Korea Selatan
Kedua lelaki yang berbogel itu dikenalpasti sebagai anggota kepada kumpulan Spikey Brats dan Couch. Vokalis Rux, Won yang ditemuramah sejurus persembahan menyatakan dia tidak menyangka langsung mereka akan bertindak begitu. Tidak lama selepas itu, mereka berdua dan Won ditahan oleh pihak berkuasa. Won tidak dikenakan sebarang tindakan namun begitu kedua mereka didapati bersalah di atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh dan menghalang urusan. Ujian dadah juga turut dijalankan ke atas mereka namun keputusannya negatif.

Penonton terkejut dan tidak senang dengan insiden tersebut
Insiden tersebut memberikan impak besar di dalam dunia penyiaran Korea. Suruhanjaya Penyiaran Korea Selatan merangka semula kaedah penyiaran siaran yang lebih ketat ke atas seluruh saluran televisyen di Korea Selatan. MBC serta merta membatalkan program Music Camp. Setelah beberapa tahun ia dijenamakan sebagai Show! Music Core. Pendapat umum terhadap kumpulan indie berubah dengan mendadak sehingga menganggap ianya budaya negatif dalam masyarakat Korea. TIdak cukup dengan itu, kugiran indie Korea Selatan diharamkan ke mana-mana stesyen penyiaran. Walau pun pengharaman itu telah berlalu, tiada stesyen penyiaran mahu mengetengahkan kugiran indie ini bimbang akan kejadian sama turut berulang.

Sumber:
Koreaboo
UCLA Asia Institute
Wikipedia
Nusica @ YouTube
DKDKTV @ YouTube

Terima kasih juga kepada Pakcik Ain, Najib dan Ili atas bantuan terjemahan.

You May Also Like

3 komen

  1. Serous baca ingatkan baru-baru ni tahun 2005 rupanya hahahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Cerita lama. Asalnya saya mencari ke mana hilangnya muzik rock di Korea Selatan. Terus terjumpa hal ini jadi saya kongsikan.

      Delete

Terima kasih atas komen anda