Operasi Clean & Clear Banjir Oleh Pos Malaysia Pulau Pinang

0

Hari ini saya diberi peluang bersama pasukan dari Pejabat Pengurus Negeri, Pos Malaysia Berhad, Pulau Pinang untuk membantu membersihkan rumah petugas yang terlibat dengan banjir di Padang Menora, Pulau Pinang. Ini adalah antara kawasan yang teruk terjejas akibat banjir baru-baru ini di mana jalan raya ditutup terus kepada sebarang kenderaan.

Gambaran hari pertama banjir sekitar Padang Menora di sini.

Destinasi Pertama: Kampung Baru, Padang Menora.
Rumah pertama yang kami tuju adalah rumah seorang warga posmen Serahan Butterworth yang terletak di Kampung Baru, Padang Menora. Dari maklumat awal yang diterima, rumah ini teruk terjejas. Setelah Zohor, semua ahli pasukan pembersihan sampai termasuk Ketua Operasi Mel, Encik Kamil dan Pengurus Serahan Negeri iaitu Puan Nurul Huda.




Rumah ini memang terjejas teruk. Pemandangan sekeliling juga sudah menggambarkan dahsyatnya kuasa air. Perabot dan lain-lain peralatan berat tidak dapat diselamatkan berikutan air naik dengan mendadak. Reka bentuk dalaman rumah lebih rendah dari paras tanah mempercepatkan lagi air berkumpul. Yang penting nyawa diselamatkan dahulu bersama barangan penting. Di luar bekas garis air paras pinggang tetapi di dalam lebih tinggi kerana reka bentuk lantai yang bertingkat ke bawah.



Tuan rumah (berbaju merah)
Kerjasama yang baik dari semua yang terlibat memudahkan semua kerja pembersihan. Semasa kami bersedia untuk bergerak ke destinasi terakhir, rakan-rakan posmen dari Serahan Butterworth yang selesai membuat serahan datang menyambung tugas pembersihan. Kami pun menuju ke Masjid Jamek Merbau Kudong untuk solat Asar sebelum ke destinasi seterusnya.

Destinasi Kedua: Kampung Air Itam Luar, Padang Menora.
Rumah kedua iaitu rumah terakhir kami tuju ini didiami oleh rakan saya iaitu Kak Sya. Agak ringan sedikit tugasan kami kerana tuan rumah sudah pun membersihkan sebahagian rumah. Kami datang menyambung tugasan pembersihan dan membuang semua kotoran. Lantai juga dibersihkan dengan sabun supaya tuan rumah tidak perlu lagi membilas semula. Hanya perlu tunggu kering, dan sapu lantai sahaja. Kerosakan juga agak tinggi akibat tidak dapat mengalihkan perabot.


Malam pun berlabuh maka tugasan kami pun selesai. Memang meletihkan namun kepuasan dapat membantu itu mengubat segala kepenatan. Saya juga bersyukur diberi peluang membantu. Secara tidak langsung, dapat muhasabah diri dengan bencana banjir ini. Didoakan agar dipermudahkan segala urusan buat semua yang terkesan dengan banjir kali ini.

Insya-Allah.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !