Jom Ke Kulim Collector Hobbies Fest

Pada 30 September dan 1 Oktober inni akan berlangsungnya Kulim Collector Hobbies Fest (KCHF). Venue acara ini terletak di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kedah. Agak jarang sekali acara yang mengumpulkan pengumpul dan peminat dari pelbagai cabang hobi bersama di utara ini rasanya. Ada banyak vendor yang akan menyertai acara ini. Teruja pula rasanya menunggu hari acara.


Antara pertandingan yang akan diadakan nanti adalah Wheels Race, Hot Wheels Custom, Gunpla Custom, Tamiya Fun Race dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Selain dari tu ada juga sesi live demo tutorial iaitu Hot Wheels Custom dan Gundam Weathering.

Jadi warga utara yang berdekatan, datanglah bawa keluarga, kawan, anak-anak untuk bersama merasakan kemeriahan ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan