Dunia Internet Yang Gelap Dan Misteri

2 minute read
2
Boleh dikatakan kebanyakan kita melayari internet setiap hari. Carian dan lawatan ke laman sosial termasuk aktiviti muat turun, blog, forum dan lain-lain lagi. Kita amat biasa dengan istilah search engine, Google, Yahoo dan Bing (sekadar menyebut beberapa nama). Carian demi carian selalunya membuahkan hasil dengan kecanggihan enjin carian seperti ini.

Tetapi tahukah anda, internet yang anda kenali hanya menyimpan sebahagian kecil maklumat?

Gambaran struktur internet

Berpandukan rajah di atas, internet yang kita gunakan ketika ini ibarat lautan. Laut juga mempunyai bahagian lain iaitu laut dalam di mana kita tidak boleh sampai ke sana dengan cara selaman biasa. Carian biasa di internet hanyalah memberikan anda maklumat di permukaan sahaja. Begitu juga internet. di bahagian yang paling dalam ia dikenali sebagai Deep Web. Cara konvensional mencari maklumat yang anda gunakan tidak akan membawa anda ke maklumat yang disimpan di Deep Web. Serta internet sendiri tidak mahu anda mengakses maklumat di dasar paling dalam ini.

Di Deep Web kandungannya adalah beratus kali ganda lebih daripada apa yang ada di internet biasa. Laman-laman web yang ada di Deep Web tidak berdaftar dengan mana-mana enjin carian menjadikan hanya mereka yang mencarinya akan menjumpainya. Sebuah dunia yang kelam menyembunyikan 1001 rahsia menunggu masa untuk dibongkar. Bermacam-macam maklumat bebas dikongsikan di sini sama ada baik atau jahat.

Seterusnya ia mengumpulkan pelbagai golongan untuk bersarang di Deep Web ini. Dari golongan penyelidik hinggalah ke penjenayah. Begitu juga dengan isi kandungannya. Amat menarik dan ada yang tidak akan anda dapati dengan carian biasa. Boleh dikatakan banyak maklumat adalah percuma di sini.

Tidak dinafikan penjenayah juga menggunakan Deep Web untuk beroperasi. Antaranya pembunuh upahan yang menawarkan khidmat mereka. Begitu juga pencuri yang menawarkan khidmat mencuri dan menjual barangan yang telah mereka curi. Pengedar dadah juga meluaskan pasaran di Deep Web dan dianggarkan mengaut keuntungan puluhan malah ratusan juta hanya daripada Deep Web. Wikileaks juga telah wujud bertahun lamanya di Deep Web sebelum menjadi tajuk berita utama.

Antara yang saya sudah lihat di Deep Web:

  • Pengedar dadah
  • Pasaran Gelap
  • Penjualan kad kredit dan akaun paypal yang telah digodam
  • Penjual senjata api
  • Ahli revolusi dan pemberontak
  • Penyelidikan pelbagai bidang
  • Bahan lucah kanak-kanak (child pornography)
  • Imej mengerikan
  • Kumpulan hacker
  • Penyebaran maklumat penting
  • Servis mencuri
  • Servis membuat dokumen palsu
Saya juga menjumpai banyak ebook, dokumen dan rajah serta panduan membina pelbagai benda dari molotov cocktail hinggalah raifal 50 kalber. Ini yang menunjukkan betapa bahayanya maklumat ini jika dicapai dengan mudah oleh pengguna.

Tor Library menyimpan banyak bahan bacaan dan media rujukan

Begitulah sebahagian maklumat yang dapat saya kongsikan dengan korang semua. Terlalu luas untuk diceritakan semuanya. Bagaimana mengakses Deep Web ini? Sila cari sendiri. Selepas di Deep Web, semuanya adalah tanggungjawab anda sendiri.

Peringatan: Sekiranya anda ada memuat turut sebarang data dari Deep Web, dinasihatkan pindahkan ke komputer tidak berinternet dan buka di dalam "sand box". Ini kerana bagi menjamin data yang anda tidak simpan tidak tercicir ke pihak lain kerana dikhuatiri data yang anda muat turun mungkin mempunyai back door.
Tags

Catat Ulasan

2Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !