Salam sejahtera semua. Monolog pagi ini rasanya. Pada 1 Mei 2013 iaitu hari pekerja, aku bawa puteriku Nur Damia Zulaikha bersama mamanya ke Pulau Pinang. Hajat kami berdua nak bawa Damia naik feri. Minggu terdahulu daripada itu kami ke Jeti Pulau Aman. Dari atas The Ridge - Teja By The Sea, Damia ketawa bukan main lagi melihat air laut di bawahnya.
 |
Nur Damia Zulaikha menaiki feri |
Masa di atas feri gembira sungguh si Damia. Kena pula dengan angin laut memang best. Rancangan asal jika sempat nak berjumpa dengan pemilik Fotolestari Photography Services tapi mengenangkan plan pun short notice mereka pun sudah merancang ke Balik Pulau untuk merakam imej matahari terbenam. Jadi kami sekeluarga bergerak terus ke pantai sekitar kawasan Queensbay.
 |
Mama membancuh susu memujuk Damia |
Sampai saja ke pantai terus kami hampiri gigi air. Riak wajah Damia berubah. Macam tak seronok saja? Mama celupkan sedikit kaki Damia ke laut. Menangis takut. Haha! Akhirnya pujuk dengan sebotol susu.
Penutup hari itu kami semua ke Nurul Ikan Bakar. Jap, kenapa aku tetiba teringatkan bimbimbap?