Blackberry Messenger Cross Platform BBM4ALL

1 minute read
0
Salam sejahtera semua. Sedikit kesibukan beberapa bulan kebelakangan ini. Ketika menaip artikel ini saya sebenarnya sedang menantikan pelancaran BlackBerry Messenger (BBM) untuk pelantar Android. Buat masa ini masih belum keluar dan ianya melewati tarikh asal pelancaran. Mereka juga tidak menyatakan apakah sebab akan kelewatan ini.

BBM menyatakan dari akaun Twitter mereka akan kelewatan bagi pelantar Android
Melalui beberapa blog tempatan mereka telah menyediakan tutorial bagi memasang fail APK untuk BBM Android yang tertiris ke web. Namun ada yang mengatakan bahawa BlackBerry telah menyekat akses BBM dari fail APK tertiris itu.

Bagi mereka di pelantar iOS, ianya sudah pun berada di App Store Malaysia. Bolehlah kongsikan BB Pin kalian ya nanti.
Tahukah anda BBM ini mempunyai lebih 60 juta pengguna di seluruh dunia. Melalui inisiatif ini anda akan meluaskan lagi rangkaian anda kepada rakan-rakan pengguna tegar BlackBerry. BBM juga menggunakan sistem BBM Pin yang menjaga privasi anda. Saya amat menantikan saat ini kerana ingin melihat sistem mesej yang mana akan bertahan.

Bagi saya sendiri, masih kekal dengan WhatsApp sejak mula ia diperkenalkan. Mungkin dengan ini saya akan dapat menambah kenalan dari kalangan pengguna BlackBerry?
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !