Festival OBSCURA Untuk Pencinta Fotografi Asia

Saya pasti ramai di antara pembaca amat meminati fotografi ada  juga yang telah pun terjun ke dalam bidang fotografi secara sambilan, hobi atau pun sepenuh masa. Jadi anda membaca artikel yang tepat.

Sebuah festival dan bengkel fotografi bertaraf dunia akan di adakan di Pulau Pinang. Festival OBSCURA, ini menampilkan beberapa nama besar dunia fotografi yang datang menjalankan bengkel serta membawakan hasil karya mereka untuk tatapan orang ramai khas untuk Asia.



OBSCURA 2013 Georgetown, Penang

Pertama kalinya di Malaysia, OBSCURA ini membawakan koleksi karya jurugambar Asia yang mana turut memberi penekanan kepada pengekalan dan pemuliharaan budaya dan khazanah negara. Festival ini juga bermatlamat membawa Asia daripada sudut fotografi ke mata dunia.


Festival ini akan berlangsung selama 10 hari iaitu dari 21 Jun hingga 30 Jun di Georgetown, Pulau Pinang. Sebarang pertanyaan lanjut boleh merujuk ke laman rasmi OBSCURA.

Jadi, tandakan di dalam kalendar masing-masing tidak kira anda jurugambal atau pun peminat fotografi. Ayuh, melihat Asia dari gugusan foto!

Catat Ulasan

0 Ulasan