Salam sejahtera semua. Hari ini bangun awal untuk mencari foto. Sayangnya tempat yang saya pergi dahulu boleh dikatakan musnah akibat kemarau. Namun begitu dengan cuaca yang baik kebelakangan ini saya lihat kehijauan mula mewarnai landskap kawasan tersebut. Harapnya tidak lama lagi dapat melihat bunga-bunga mekar sebagaimana sebelum dilanda kemarau.
Agak sibuk tambahan dengan persiapan rumah sendiri di Sungai Petani. Alhamdulillah boleh dikatakan sudah sesuai untuk didiami. Cuma yang tinggal sedikit ubahsuai kecil di bahagian dapur. 2 tahun juga menanti namun syukur semuanya seperti di dalam jadual.
 |
Jalan Permatang Nibong (Nikon D80 + Nikkor 50mm F/2.0 AI-s) |
Namun begitu saya akan kembali sibuk selepas ini kerana bakal menerima cahaya mata kedua tidak berapa lama lagi. Sukar sikit untuk aktif mencari foto jalanan kerana saya perlu juga menjaga anak sulung saya yang bakal berusia 2 tahun pada september ini.
Untuk gambar-gambar lain bolehlah ke Flickr atau pun album facebook saya di
sini.