Sensasi Fotografi Masa Kini

2 minute read
0
Dari dulu hingga sekarang rasanya fotografi ini semakin mendapat tempat di hati kita semua. Tidak kira tua atau muda masing-masing dengan minat dan objektif tersendiri. Buka sahaja laman sosial pasti tidak lekang dengan perkongsian foto-foto dari rakan-rakan.


Kamera mainan menggunakan filem. RM 25 sahaja.
Sebenarnya ia boleh jadi dengan kemunculan gadjet seperti teelfon bimbit yang mempunyai julat harga yang luas. Dari murah ke mahal lengkap dengan kamera berlainan piksel. Secara tak langsung mereka yang menggunakan telefon bimbit seperti ini akan merakam foto-foto untuk dikongsikan.

Ada yang suka ambil gambar sendiri dan lain-lain subjek seperti pemandangan, makannan serta macam-macam lagi yang boleh. Namun diingatkan bahawa anda sudah cukup dewasa untuk tahu foto mana yang patut anda kongsi atau rakam. Pernah juga saya baca orang yang suka berkongsi foto makanan terutama kaki Instagram dianggap gila. Apa pun kegilaan itu perlu diperhalusi rasanya. Kegilaan itu juga membawa saya mencerobohi dapur isteri saya. Gila memasak pula saya.

Selain telefon bimbit berkamera, kamera juga kian mampu dimiliki orang ramai. Pasaran yang luas terbuka memberi ruang kepada pembeli memilih sama ada baru atau pun set terpakai. Semua peralatan fotografi saya sendiri semuanya dari kategori terpakai yang mana berfungsi dengan cemerlang sehingga kini. Namun begitu membeli barangan terpakai ini bukanlah seperti berjalan masuk ke kedai peralatan fotografi ya. Perlu mahir atau dapatkan bantuan rakan-rakan yang mahir berkaitan peralatan fotografi. Baru atau terpakai terpulang kepada anda.

Semua yang ada ini saya fikir dihebatkan lagi dengan laman dan aplikasi sosial untuk berkongsi foto. Terdapat juga laman-laman yang dikhaskan untuk perkongsian foto. Sebagai contoh kegemaran saya iaitu Flickr dan juga 500px.
“THE BEST CAMERA IS THE ONE THAT’S WITH YOU”.
Kata-kata tersebut dipetik dari seorang jurugambar profesional, Chase Jarvis di mana beliau telah buktikan dengan koleksi foto yang dihasilkan daripada iPhone beliau . Jadi rakamlah foto sebaiknya menggunakan akal fikiran anda. Rakamlah foto dengan kelengkapan yang ada di tangan anda. Sampaikan cerita anda dengan sekeping foto kepada dunia. Tentukan niat anda, insyaallah.

Foto di atas saya rakamkan dengan:

  • Nikon D80
  • Nikkor 50mm F/1.4 AI-s
  • Sinaran flash light dari telefon bimbit Samsung Galaxy Grand Quattro
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !