Saya Dipikat Lelaki Tapi Saya Ini Lelaki Juga

2 minute read
0
Alhamdulillah. Baru selesai makan tengah hari. Maklumlah syif petang jadi terlajak sikit waktu makannya. Bagaimana anda hari ini? Hari ini rasanya nak ceritakan kisah beberapa tahun dahulu semasa saya masih bujang. Kisah di mana seorang lelaki cuba memikat saya ke arah cinta sejenis. Apa? Ya, sejenis.


Kisah beberapa tahun lepas di mana pada masa itu saya belum lagi berkahwin cuma sudah melangkah ke alam pekerjaan setelah tersungkur di pintu menara gading. Masih single rock on lagi. Ianya bermula di sebuah pasaraya di Seberang Perai yang memang top. Menjadi tumpuan remaja dan tempat pertembungan sub budaya sekitar hujung 90an hingga ke awal milenium baru. Sebut sahaja apa sub budaya ada sahaja. Punk, skinhead chikanos, grunge dan macam-macam lagi. Di sinilah saya mengenali seorang gadis genit comel grunge yang sanggup turun dari Sungai Petani ke sini semata-mata melepak dengan rakan-rakan sebudayanya.

Ok, kembali ke cerita asal.


Pada hari itu saya sedang berdiri di bahagian luar berhampiran pintu utama kerana ada air cond dan cuaca agak panas. Ambil mood sebelum pulang ke rumah. Saya di sapa oleh seorang lelaki berpakaian kemas yang kelihatan seperti Cina. Wajahnya boleh masuk kategori nerd. Tidak menonjol.

"Hai, tunggu girlfriend ke."

"Eh, tidaklah. Tengah tunggu nak balik. Ambil angin sekejap" jawab saya kembali

Dia memperkenalkan dirinya dengan nama Azwan. Katanya dia menunggu kawan untuk mengambilnya pulang ke Bayan Baru di mana terletak rumahnya. Saya pun tidak begitu acuh namun dia rancak membuka perbualan seolah dia sudah lama mengenali saya. Namun begitu saya cuma anggapnya sebagai seorang yang peramah.

Saya mula mengorak langkah tanpa memperdulikannya sangat. Dia menggamit saya semula.

"Eh, saya nak minta nombor telefon awak boleh? Saya baru pindah dari Sabah dan tak ramai kawan di sini."

Saya pun memberikan nombor telefon kedua saya di mana nombor tersebut saya jarang-jarang topup. Pantas dia taipkan di telefonnya. Saya kembali berpaling dan sekali lagi digamit. "Nak aku hempuk dengan helmet ke dia ni," bentak hati saya sambil berpaling.

"Saya ni belajar perubatan. Pakar sakit tuan. Nanti jika ada apa-apa masalah boleh hubungi saya akan bantu mana yang mampu," kata Azwan sambil menerangkan dia adalah pelajar seorang doktok pakar sakit tuan terkemuka negara dan hampir menghabiskan pengajiannya.

Saya mengangkat tangan dan berlalu dari pasaraya tersebut tanpa banyak bicara. Perjalanan balik pun paling cepat 30 minit walau dengan motorsikal. Setelah merempit berhemah saya tiba di rumah. Sambil membelek-belek koleksi action figure saya tiba-tiba telefon berdering menandakan ada sms masuk.

SMS dari dari lelaki bernama Azwan tadi. Dia bertanyakan adakah saya sudah sampai atau belum. Saya abaikan sahaja kerana memang tidak berniat untuk membalasnya.

Keesokan paginya ada lagi mesej dari dia. Mesej selamat pagi. Saya mula rasa pelik. Saya tidak pernah membalas satu pun mesejnya. Semakin hari ianya ibarat mesej dari seorang teman wanita untuk teman lelaki. Selepas sms tidak berbalas ia disusuli dengan panggilan telefon pula membuatkan saya semakin seram.

Sehinggalah pada suatu hari saya mendapat mesej kemuncak dari dia.
"Awak kenapa tak balas sms? Saya nak berkawan dengan awak saja. Sunyi dekat sini, Datanglah teman saya. Jangan risau saya tanggung awak. Saya nak sangat belaian awak."
Saya terus buang simkad tersebut.

Puiii!

Katakan tidak kepada LGBT.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !