Cuba-cuba Merakam Foto Landskap

1 minute read
0
Agak lama juga tidak menjengah ke sini. Kesibukan diri dan keluarga membuatkan saya jauh dari komputer dan juga kamera. Agak sukar mencari ruang namun syukur dapat juga hari ini walaupun cuaca tidak begitu memberansangkan.

Asalnya hari ini saya fikir mahu merakam potret keluarga namun anak bongsu saya demam. Jadi terpaksalah tinggalkan sekejap bersama mamanya untuk saya keluar mencari foto. Memandangkan sesi potret tidak jadi saya pulas saja throttle motor menghala ke RnR Bagan Ajam.

"Ah, semak sangat rasanya" bisik hati saya. Terus saya ke Sungai Dua di mana saya berhenti di sebuah sawah yang belum ditanam padi. Saya ambil masa beberapa minit melihat ke ufuk. Matahari ditelan awan mendung.

Ketika itu datang nikmatnya. Dalam mendung itu, angin petang menghembus lembut. Lantas leka saya menikmati ketenangan itu. Tiba-tiba kelihatan sedikit demi sedikit matahari keluar. Pantas saya keluarkan kamera dari beg dan membuat sedikit setting sebelum merakam.

Ternyata rezeki saya di mana mentari keluar untuk tempoh kurang dari 5 minit. Saya merakam beberapa frame sebelum awan mendung itu menelannya kembali. Terus saya menikmati ketenangan itu sebelum pulang pada jam 7 petang.

Senja Melabuhkan Tirai
Merakam langit petang
Percubaan Kedua
Saat mentari keluar cukup singkat
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !