Saya selalu melihat hasil kerja model skala ini di internet terutamanya di facebook. Namun begitu ia belum mampu memuaskan kehendak saya. Sehinggalah saya melihat sendiri hasil kerja peminat model skala ini. Balik dalam keadaan teruja dan semangat untuk membina model saya sendiri.
Terdapat juga demo seperti proses mengecat dan pembinaan model skala disamping pameran dan pertandingan. Ada juga jualan model kit dengan tawaran yang amat menarik harganya. Berjam juga saya habiskan masa meneliti dari satu model ke satu model. Begitu asyik seperti terpukau. Tahniah buat semua peserta dan juga Plamo Aces Modeling Club. Saya harapkan aktiviti ini akan dilakukan lagi selepas ini.
Sila klik di sini untuk ke folder umum facebook yang mengandungi 160 foto.
![]() |
Antara foto yang dirakam pada hari tersebut |
It is not a cheap hobby but it is not possible.