Poslaju e-Consignment Note - Tak Perlu Menulis Lagi

0

Bermula pada 17 Ogos 2020, Pos Malaysia Berhad melalui Kaunter Poslaju akan melancarkan e-Consignment Note bagi memudahkan pengeposan item Poslaju. Inisiatif ini bakal menggantikan pengisian borang konsainan konvensional bagi mempercepatkan urusan pelanggan di kaunter, Anda hanya memerlukan telefon bimbit yang dikuasakan oleh Android dan iOS untuk mula menggunakan e-Consignment Note ini.

Pada 17 Ogos 2020, saya akan berada di Kaunter Poslaju Bayan Lepas  Tesco Bukit Mertajam untuk membantu anda memahami dan beralih kepada e-Consignment Note ini.

Di Pulau Pinang, anda boleh menggunakan e-Consignment Note ini di kaunter:
  • Kiosk Poslaju Tesco Bukit Mertajam
  • Pusat Poslaju Bayan Lepas
  • Kiosk Poslaju Pearl City Mall, Simpang Ampat
  • Pusat Perkhidmatan Poslaju Bukit Mertajam
  • Pusat Poslaju Bukit Mertajam
Berikut disediakan tutorial dan soalan lazim berkaitan e-Consignment Note ini.

Langkah 1

  • Muat turun aplikasi Pos Malaysia melalui Play Store bagi Android dan juga App Store pagi pengguna iOS.
  • Perisian ini memerlukan Android 5.0 dan juga iOS 9.1 ke atas untuk berfungsi.




Langkah 2

  • Buka aplikasi Pos Malaysia di telefon anda dan pastikan ada internet.
  • Klik pada tab New Consignment.




Langkah 3

  • Tekan simbol pangkah (X)




Langkah 4 (Sender Info/Maklumat Pengirim)

  • Isi maklumat pengirim dengan lengkap dan betul.
  • Boleh tandakan Remember Details supaya aplikasi menyimpan maklumat pengirim untuk digunakan semula secara pantas untuk pengeposan seterusnya.
  • Tekan Next.




Langkah 5 (Reciever Info/Maklumat Penerima)

  • Isi maklumat penerima dengan lengkap dan betul.
  • Tandakan Save To Address Book jika ingin menyimpan alamat penerima untuk digunakan semula secara pantas pada pengeposan di masa depan.



Langkah 6 (Parcel Info/Maklumat Bungkusan)

  • Isikan maklumat berat dan ikrar barangan.
  • Anggaran berat dipaparkan sebagai rujukan.
  • Tekan Next.



Langkah 7 (Summary/Ringkasan)

  • Semak semula butiran pengirim dan penerima.
  • Jika ada pindaan, ubah dengan klik kembali ke menu tersebut.
  • Tekan Generate untuk menghasilkan kod QR.



Langkah 8 (Mencetak e-Consignment Note)

  • Tekan Scan & Print
  • Imbas kod QR di pencetak yang dikhaskan
  • Koyak dengan cermah e-Consignment Note yang terhasil.
  • Tampal pada bungkusan dan teruskan dengan bayaran di kaunter.


  • Sekiranya pencetak tersebut gagal diimbas, tunjukkan kod QR tadi kepada petugas kaunter untuk cetakan e-Consignment Note.


  • Save To My Parcel untuk mencetak e-Consignment di masa lain.


Langkah 9 (Save To My Parcel)

  • Bahagian ini mengumpulkan e-Consignment yang sudah atau belum dicetak.
  • e-Consignment yang sudah dicetak akan mendapat status Printed.
  • Klik e-Consignment Note yang ingin dicetak mengikut langkah 8.
  • Tekan sedikit lama sehingga muncul check box untuk memilih cetakan pulal e-Consignment Note.
  • Sehingga 20 e-Consignment Note boleh disokong oleh satu kod QR.



e-Consignment Note yang siap dicetak

Soalan Lazim

Apa itu e-Consignment Note?

  • e-Consignment Note menggantikan proses pengisian nota konsainan yang konvensional.

Di Mana e-Consignment Note Boleh Digunakan?

  • Di semua kaunter Pusat Poslaju bermula 17 Ogos 2020.

Ciri Utama e-Consignment Note

  • Menggunakan aplikasi Pos Malaysia (Minimum Android 5.0 dan iOS 9.1).
  • Borang digantikan dengan pelekat yang dicetak.
  • Satu salinan pelekat.
  • Menggunakan imbasan kod QR.

Adakah Ia Disokong Android dan iOS?

  • Aplikasi Pos Malaysia boleh dipasang pada telefon yang mempunyai Android 5.0 dan iOS 9.1 (Apple) ke atas.

Cetakan e-Consignment Note


  • Tiada had mencetak.
  • Satu kod QR pukal menyokong sehingga 20 e-Consignment Note sahaja.

Pindaan (Salah maklumat pada e-Consignment Note)

  • e-Consignment Note yang telah dicetak tidak boleh dipinda.
  • Cipta semula e-Consignment Note dengan maklumat yang betul dan cetak.

Perbezaan Berat pada e-Consignment dengan Kaunter Poslaju

  • Berat yang muktamad adalah berat yang ditimbang di kaunter semasa hendak membuat pembayaran.
  • Berat yang ditimbang di kaunter adalah penentu kadar pengeposan.

Produk Yang Disokong e-Consignment Note

  • Poslaju Domestik
  • Penghantaran Hari Yang Sama (Same Day Delivery) - SDD
  • Perkhidmatan Masa Tertentu (Time Certain Service) – TCS

Bolehkah e-Consignment Note Dicetak Di Rumah?

  • e-Consignment Note hanya boleh dicetak di kaunter Poslaju menggunakan pencetak khas.

Cara Guna e-Consignment Note

  • Muat turun aplikasi Pos Malaysia di Play Store (Android) atau App Store (iOS).
  • Klik tab New Consignment.
  • Isikan butiran yang diperlukan dan emel untuk maklumkan penerima tentang bukti pengeposan.
  • Imbas kod QR pada mesin pencetak yang dikhaskan untuk e-Consignment Note.
  • Tampal pelekat e-Consignment Note pada bungkusan.
  • Buat pembayaran di kaunter.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Ulasan baru tidak dibenarkan.*

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !