Suatu masa dahulu, jika kita memikirkan kopi berasaskan espresso, rata-rata orang akan memikirkan jenama kafe francais yang memang dikenali ramai yang sinonim di bandar. Beberapa tahun kebelakangan ini kita melihat kebangkitan pemain kopi tempatan bangun berdiri di tempat yang kita tidak pernah gambarkan akan wujudnya kafe.
Di Ijok, Perak; terletakknya dua buah kafe dengan persona yang berbeza dan unik. Jauh dari kesibukan kota, dua kafe ini muncul menongkah arus kebiasaan lokasi sebuah kafe. Cuma saranan saya adalah lawati dahulu media sosial mereka untuk sebarang makluman perubahan waktu operasi.
Nakkopi
Terletak di Kampung Masjid, sedikit ke dalam daripada jalan besar ke Pekan Ijok, anda akan menemui Nakkopi. Sebaik membelok masuk, anda akan melewati sebuah kawasan perkuburan. Teruskan sahaja perjalanan. Tidak jauh dari situ, terletakknya Nakkopi yang berada di dalam redup kebun sawit di sekelilingnya yang mendamaikan.
Saya sempat berbual dengan barista yang mana adalah pemilik Nakkopi. Mereka sedang dalam proses membuka cawangan Nakkopi di Lata Puteh. Masih dalam proses ubahsuai kerana mereka perlu menyesuaikan operasi di situ di mana tiada bekalan elektrik.
Media Sosial
Tiktok: nakkopijok
Instagram: nakkopijok
Facebook: nakkopijok
Kopigun
Lokasinya di dalam Kampung Klian Gunung, Ijok. Terus ke hujung kampung. Ianya terletak bersebelahan dengan tapak perkhemahan Pokju Riverside. Di belakangnya, Sungai Ijok yang menjadi tempat riadah. Memang meriah jika anda ke sana pada hujung minggu. Siapa sangka di hujung kampung, ada kafe?
Media Sosial
Tiktok: kopigun
Instagram: kopiguncafe
Facebook: Kopigun
Kedua-dua kafe ini turut menyajikan pelbagai pencuci mulut dan makanan lain yang bersesuaian yang dibekalkan oleh pengusaha di sekitar kafe. Secara tidak langsung, ia turut membangunkan ekonomi tempatan.Sokonglah industri kopi tempatan Malaysia!
Catat Ulasan
Terima kasih atas komen anda