Akhirnya, finale kepada Pan-American Highway. Perjalanan kita ke selatan untuk menyelusuri Pan-American Highway kini bersambung semula di Turbo, bandar perlabuhan yang terletak di Teluk Urabá, Columbia. Bermulalah sebuah laluan panjang ribuan kilometer menuju ke penghujung benua Amerika yang bakal melalui negara demi negara.
MedellÃn: Bandar Kelahiran Pablo Escobar
Dari Turbo ke MedellÃn, anda akan menggunakan Route 62. Laluan ini adalah merentasi rupa bumi berbukit dan tanah tinggi bermakna anda akan menghadapi banyak selekoh, jurang dalam dan laluan sempit. Jarak yang jauh ini mampu mampu menghilangkan fokus jika anda tidak merancang perjalanan dan rehat.
| Route 62 |
MedellÃn, sebuah bandar yang penuh dengan keganasan, korupsi dan pembunuhan di era 80an dan 90an ketika raja Kartel MedellÃn, Pablo Escobar berkuasa. Perang 3 penjuru di antara Kartel MedellÃn, Kartel Cali dan polis menjadi perkara biasa di bandar ini ketika itu.
Tindakan datuk bandar yang menyatukan kawasan miskin dan ganas ke dalam pusat bandar telah menurunkan kadar pembunuhan MedellÃn hingga 95% dan kemiskinan turun ke 66% sekaligus menjadikan MedellÃn bandar yang lebih selamat daripada Baltimore dan Memphis di Amerika Syarikat.
Cali: Bandar Budaya dan Sejarah
Dari MedellÃn anda akan tiba di Cali. Bandar ini terletak di barat daya Columbia dan berada di kawasan lembah kepada pergunungan Farallones de Cali. Ia juga terkenal sebagai Ibu Kota Salsa di mana festival tarian salsa berlangsung selama seminggu tanpa henti. Di sini terdapat banyak kelab tarian dan hiburan bertaburan di seluruh bandar.
Selain itu, Cali juga mempunyai banyak tarikan sejarah dan muzium.
Quito: Bandar Dilitupi Awan
Setelah melewati bandar terakhir Columbia, Ipiales, kita akan memasuki sempadan Ecuador dan mendaki ke Quito, ibu negara Ecuador.
Quito terletak di jajaran Banjaran Andes di ketinggian 2,850 meter dari aras laut. Selain menjadi pusat pentabiran, ia juga menjadi pusat ekonomi dan juga sejarah. Quito mempunyai warisan sejarah yang dipelihara dengan baik sehingga ianya dinobatkan sebagai Tapak Warisan Dunia pertama oleh UNESCO.
Dari Quito, perjalanan akan melalui laluan barat selari dengan Lautan Pasifik.
Lima: Bangkit Daripada Konflik
Peru sebenarnya mengalami konflik bersenjata dengan perang dua penjuru di mana pengganas dengan aliran komunis Shining Path dan Tupac Amaru Revolutionary Movement yang bermula daripada 1980 hinggalah ke tahun 2000.
Setelah konflik berjaya diselesaikan, Peru mula menyusun semula kebangkitannya. Maka bermulalah pembangunan Lima. Bangunan tinggi mula muncul seterusnya menjadi cawangan pejabat bagi syarikat antarabangsa di San Isidro. Sektor perlancongan juga melonjak dan banyak tapak sejarah berjaya dipulihara sehingga mendapat pengiktirafan UNESCO.
![]() |
| Lima |
Autopista di Peru juga sangat merbahaya jika anda tidak fokus dan berhati-hati. Melalui kawasan pergunungan, pelbagai bahaya boleh terjadi. Selain daripada keadaan jalan, jurang dalam, selekoh tajam, anda juga berhadapan dengan keadaan jalan licin akibat pasir dan hujan. Kabus tebal dan tanah runtuh juga menambahkan lagi risiko.
![]() |
| Tanda salib di tepi jalan |
Jalan yang tidak ada penahan juga meningkatkan risiko anda terjatuh ke dalam jurang. Kenderaan berat juga melalui jalan yang sempit ini. Terdapat banyak tanda salib disepanjang jalan sebagai memperingati mereka yang terkorban di laluan ini.
Atacama: Gurun Terkering di Dunia.
Dalam perjalanan ke Santiago, Chile, anda akan menempuh dataran gurun Atacama. Di ketinggian 7,900 kaki dari aras laut, Atacama hanya menerima purata 15 mm hujan setahun menjadikannya gurun paling kering menewaskan Sahara. Terletak di Banjaran Andes, Atacama ini mempunyai panjang sejauh 1,600 km.
| Jalan merentasi Atacama |
Laluan hijau terus menghilang diganti dengan pasir dan daratan garam sejauh mata memandang. Tanpa persediaan yang betul, gurun ini mampu menewaskan anda secara senyap.
![]() |
| Valparaiso |
Selepas menempuh cuaca kering dan deruan angin Pasifik, anda akhirnya tiba di bandar perlabuhan, Valparaiso. Dari sini, kita akan ke arah timur untuk mendaki menembusi Banjaran Andes melalui terowong Cristo Redentor untuk sampai ke Buenos Aires.
![]() |
| Terowong Cristo Redentor |
Lapangan hijau seluas mata memandang kembali menjadi sajian mata dalam perjalanan anda ke Buenos Aires, Argentina.
Buenos Aires: Kota Terakhir Sebelum Ke Hujung Dunia
![]() |
| Port Madero, Buenos Aires |
Ibu kota Argentina, Buenos Aires telah diisytiharkan sebagai wilayah autonomi. Sebuah ibu kota yang penuh dengan budaya, seni bina Eropah, canggih, kesenian dan tarian Tanggo. Buenos Aires turut digelar Paris Amerika Selatan.
![]() |
| Buenos Aires |
Kini anda perlu menempuh 3,000 km lagi untuk ke penghujung dunia di mana tamatnya Pan-American Highway ini.
Ushuaia: Penghujung Benua Amerika
![]() |
| Feri Selat Magellan |
Dari kota yang meriah di Buenos Aires, kita akan meneruskan perjalanan melalui National Route 3 sehingga ke Punta Delgada. Di sini anda akan menaiki feri untuk melintasi Selat Magellan ke Bahia Azul di Tierra del Fuego.
![]() |
| Ushuaia |
Setelah melalui 460 km,
anda kini tiba di Ushuaia, bandar paling selatan di Benua Amerika. Maka
berakhirlah secara rasmi perjalanan anda menyelusuri Pan-American Highway. Tiada
lagi selatan melainkan lautan dan antartika.
![]() |
| End of World |













0 Ulasan
Terima kasih atas komen anda