Cara Kawal Pembelian Melalui Play Store

0

Hari ini saya terima mesej dari pihak bank yang memaklumkan bahawa ada transaksi bernilai RM81.99 iaitu cas pembelian aplikasi melalui Google Play.
Saya memetik status Puan Zeeda Aziz di Facebook hari ini. Beliau terkejut ada pembelian dilakukan tanpa sedar di telefon Android miliknya. Di dalam Android terdapat aplikasi Play Store di mana tempat untuk memuat turun atau membeli aplikasi, ebook, melanggan filem dan muzik (Google Music tidak disokong di Malaysia).

Untuk membolehkan pembelian, maklumat pembayaran seperti kad kredit perlu dimasukkan di dalam Play Store. Namun begitu pembelian di Malaysia menjadi lebih mudah dengan setiap pembelian akan dimasukkan ke dalam bil prabayar talian yang anda gunakan. Setahu saya Celcom dan UMobile menggunakan cara ini.

Namun begitu ada ramai yang mengalami insiden pembelian secara tidak sengaja tambahan telefon tersebut digunakan oleh anak-anak. Tiba-tiba sahaja mendapat notifikasi pembelian dalam aplikasi berjaya. Jadi untuk mengatasi masalah ini, anda boleh kawal pembelian dengan mengenakan pengesahan kata laluan untuk setiap pembelian.


Langkah Pertama
  • Buka Play Store di telefon anda. Di bahagian atas, terdapat 3 garis di sebelah kotak carian. Slide down menu akan muncul.
  • Scroll ke menu Settings.

Langkah Pertama

Langkah Kedua
  • Selepas itu cari pilihan Require authentication for purchases.

Langkah Kedua

Langkah Ketiga
  • Pilih For all purchases through Google Play on this device. Setelah ini ditetapkan, setiap pembelian akan memerlukan kata laluan akaun Gmail di telefon anda untuk membolehkan pembelian dilakukan.

Langkah Ketiga

Entry akan dikemaskini semula dalam masa terdekat dengan cara Refund dari Play Store jika ingin membatalkan pembelian.

Kredit foto kepada Freepik.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !