Jika anda peminat pop, saya sarankan anda memasukkan lagu terbaru Amy Shark, iaitu I Said Hi. Lagu ini adalah salah satu lagu yang bakal berada di dalam album pertama beliau iaitu Love Monster yang akan dilancarkan 13 Julai 2018.
Amy Louise Billings atau pun nama pentasnya Amy Shark dilahirkan di Australia pada tahun 1986 dan mula bergiat aktif dalam muzik di Youtube sejak tahun 2014. Selepas beberapa single dan satu EP, beliau mula menjelajah seluruh Australia untuk mengembangkan bakat muziknya. Selain menyanyi, beliau juga menulis lagu dan juga bertindak sebagai seorang produser.
"Ianya adalah tentang jatuh bangun di dalam industri. Ia masih bukan kisah Cinderella yang lengkap buat saya. Ia akan mengambil masa" jelasnya ketika ditemubual di Stesyen Radio Tripple J, Australia. Jelas I Said Hi adalah tentang mengatasi kesukaran dan juga kesungguhan yang berterusan dalam melakukan sesuatu.