Bermula 4 Mac 2019, Poslaju Perai dan Perda akan beroperasi di lokasi baru di mana keduanya akan berada di dalam satu premis di dalam Penang Science Park, Bukit Minyak. Lokasi ini boleh diakses dengan susur keluar Bukit Tambun atau pun daripada Juru dengan menggunakan jalan baru Penang Science Park (setakat artikel ditulis, Google Map belum dikemaskini). Kedudukannya bertentangan dengan lebuhraya Utara Selatan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke laman rasmi Pos Malaysia Berhad.
Selamat berpindah dan memulakan tugasan di premis baru buat semua warga kerja yang terlibat.
Sumber: Dari laman Facebook, Bro Apit.