Khidmat Bantuan Mengisi Borang Permohonan UPU 2019

1 minute read
1

Dengan pengumuman keputusan peperiksaan SPM baru-baru ini, maka berakhirlah satu fasa pendidikan anda di mana fasa kedua akan bermula dengan jalan yang begitu unik sekali. Kalian akan mengisi borang permohonan ke pusat pengajian tinggi. Sama ada secara akademik atau teknikal berkemahiran, yang manakah satu perlu anda pohon?

Bagi memecah kekeliruan anda pelajar dan juga ibu bapa, Pejabat Pendidikan Daerah SPT  bergandingan dengan Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah SPT bagi menganjurkan acara sesi konsultasi dan bimbingan dalam mengisi borang UPU secara atas talian. Sesi ini akan dikendalikan dengan barisan kaunselor berkemahiran yang akan membantu anda dalam membuat pilihan. Selain itu terdapat juga pameran dari institusi pengajian tinggi dan kemahiran.

Semasa zaman saya sekolah, inisiatif ini tidak ada secara khusus seperti ini. Guru kaunseling akan menilai dan melihat kecenderungan pendidikan anda. Saya melihat ini adalah satu inisiatif positif dan perlu diteruskan lagi setiap tahun oleh Kementerian Pendidikan secara menyeluruh.
Tags

Catat Ulasan

1Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

  1. Perkongsian info yang baik dan bermanfaat. Memohon memasuki IPTA melalui UPU tidaklah semudah yang anda sangka jika tidak mempunyai maklumat yang mencukupi. Pertimbangkan juga IPTS jika kursus yang ditawarkan bersesuaian dengan minat anda.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !