Girl From Nowhere musim kedua sedang ditayangkan di Netflix bermula Mei 2021. Masih lagi mengisahkan Nanno yang berhijrah dari sekolah ke sekolah. Kini Nanno tidak lagi berseorangan dalam memberi pembalasan.
Ulasan Girl From Nowhere (2018).
Yuri |
Musim kedua ini menyaksikan satu lagi watak yang mempunyai motif dan seperti Nanno. Walaupun 8 episod sahaja, kehadiran watak Yuri ini memberikan satu perspektif baru di dalam siri ini berbanding siri pertama. Saya dapat melihat perbezaan di antara kedua watak ini. Nanno mempunyai objektif memberikan pembalasan di mana Yuri pula lebih kepada melunaskan dendam mereka yang menjadi mangsa. Pertemuan ini akan menjadi menarik di episod terakhir. Musim kedua ini juga jika diamati akan menjawab beberapa persoalan di musim pertama.
Pelakon:
Chicha Amatayakul sebagai Nanno
Chanya McClory sebagai Yuri
Berikut adalah ringkasan episod Girl From Nowhere musim kedua.
Episod 1: Pregnant
Seorang pelajar popular di sekolah telah membuatkan pelajar-pelajar perempuan mengandung. Nanno tiba ke sekolah tersebut dan mula mencuri hati pelajar tersebut.
Episod 2: True Love
Sebuah sekolah perempuan ternama perlu mengubah dasarnya dengan menjadi sekolah campuran yang mempunyai pelajar lelaki. Seorang guru lama di situ begitu menentang rancangan ini. Walaupun akhirnya penggabungan berlaku, guru tersebut menetapkan polisi tidak masuk akal kepada pelajar lelaki dan perempuan. Nanno mencabar polisi tersebut.
Episod 3: Minnie and The Four Bodies
Minnie seorang anak dari keluarga yang kaya menjadi seorang pelajar yang tidak mampu digugat. Setiap kesalahan yang dilakukan akan diselesaikan oleh ayahnya. Sehinggalah suatu malam, dia memandu dalam keadaan mabuk terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan empat rakan sekolahnya.
Episod 4: Yuri
Yuri adalah seorang pelajar dari keluarga biasa yang berkawan dengan dua orang pelajar perempuan dari keluarga kaya. Nanno melihat Yuri ibarat hamba bagi kedua pelajar tersebut dan menawarkan bantuan untuk mengubah situasi tersebut.
Episod 5: SOTUS
SOTUS membawa maksud kepada Seniority (senioriti), Order (arahan), Tradition (tradisi), Unity (perpaduan), and Spirit (semangat). Pelajar baru yang memasuki sekolah akan menjalani fasa orientasi ini. Kaye, ketua pelajar senior memberikan fasa orientasi yang menyiksa dan memalukan pelajar. Itu semua berubah apabila Kaye membunuh Nanno.
Episod 6: Liberation
Pantanawittaya, sebuah sekolah yang mempunyai peraturan sangat ketat dan perlu dipatuhi tanpa sebarang persoalan. Nanno pula gembira melanggar peraturan-peraturan yang ada.
Episod 7: JennyX
JennyX adalah seorang pelajar dan juga selebriti media sosial. Ibu bapanya sentiasa memberi tekanan supaya imejnya terjaga dan juga pendapatan diperolehi dengan mempromosikan produk. Tertekan dengan keadaan tersebut, Nanno hadir dan memberi peluang untuk mengubah nasib JennyX.
Episod 8: The Judgement
Persaingan dan pendekatan Nanno serta Yuri tiba ke kemuncak setelah bertemu seorang ibu yang dengan sengaja melumpuhkan anaknya sendiri.