![]() |
Blackberry Bold 9780 |
BBM ini akan dikeluarkan sebagai perisian Standalone dan boleh didapati di Google Play bagi Android dan iTunes AppStore bagi pelantar iOS. Namun begitu perkakasan yang boleh memasang BBM ini kelak memerlukan perkakasan dengan minima Android 4.0 Ice Cream Sandwich atau pun iOS 6 bagi pelantar iOS. Tidak lupa, ianya percuma. Diulangi, percuma.
Di Blackberry Live 2013, CEO Thorsten Heins juga melancarkan model Blackberry dari keluarga BB10 yang terbaru iaitu Q5. Beliau menyatakan bahawa ini adalah model mampu milik. Dijangkakan model ini akan berada di dalam kategori Low End dan sesuai untuk mereka yang inginkan Blackberry secara asasnya. Sudah pasti ia akan mengekalkan ciri utama iaitu QWERTY.
Sudah pasti kita akan melihat peperangan antara sistem permesejan. BBM dengan 60 juta pengguna aktif seluruh dunia akan masuk menentang WhatsApp, WeChat, Viber dan lain-lain lagi aplikasi permesejan yang terkenal. Mari bersama kita nantikan dan lihat sendiri bagaimana kesudahannya.
Apa kata anda pengguna Blackberry?