![]() |
Penyedap Bicara |
Budaya ini wujud dengan penyebaran info yang selalunya 'ntahapapa'. Sebagai contoh,
Diharap semua gunakan laluan alternatif berikutan esok alien akan berada mendarat di Petaling Jaya. Copy Paste
Sila makan guna tangan kiri bagi mengelakkan perut anda ada cacing. Copy Paste.Lebih kurang macam itulah penggunaan copy paste yang saya nak ceritakan di sini.
Kau dah kenapa? Anda dah tak ada keyakinan diri? Atau anda cuba konsep baling batu sembunyi tangan? Saya pernah bertanyakan kesahihan kepada mereka yang kongsikan berita atau info yang pelik dan meragukan ini. Rata-rata mereka menjawab "Aku copy paste je, bro". Bagi saya sendiri anda bertanggungjawab atas apa yang anda kongsikan. Fikir sebelum kongsi. Think before share. Haa, Inggeris sikit di situ.
Ini samalah konsepnya dengan seorang rakan datang kepada anda dan ceritakan "Semua warga pos dapat bonus 12 bulan weh. Kawan aku la habaq". Kawan itu bercakap, cuba kalau di Whatsapp mesti dia kata "Semua warga pos dapat bonus 12 bulan weh. Copy Paste". Anda sanggup jaja berita yang anda sendiri tak tahu asal usulnya atau anda memang tidak berfikir ketika hendak kongsikan sesebuah info? Tidakkah terdetik betapa bangangnya perilaku itu?
Ini adalah pesanan buat saya sendiri seterusnya untuk kalian. Ubahlah sikap Copy Paste ini. Jangan sebar cerita atau info yang bukan-bukan. Jangan jadikan "Aku copy paste je" sebagai alasan.
Anda bertanggungjawab terhadap apa yang anda sebarkan.