Pagi itu kami bertolak ke Penang melalui jambatan. Suasana masih lagi berjerebu. Sehinggakan dari tengah jambatan pun bahagian pulau tidak kelihatan. Pemanduan kami akhirnya sampai ke Pantai Teluk Bahang di mana terletaknya gerai Laksa Power. Sampai pun hanya cuci mata mengambil udara pagi sambil melihat anak sulung saya menikmati keindahan pantai tersebut yang kebetulan surut airnya.
Sebenarnya saya juga membawa peralatan fotografi dengan hajat ingin merakam foto keluarga saya. Selesai memasang lensa tiba-tiba mata tertumpu di LCD kamera akan huruf E. E untuk empty di mana saya lupa masukkan kad memori. Itulah kerja last minute memang itulah keburukannya. Akhirnya terpaksalah simpan semula peralatan fotografi dan gunakan kamera dari telefon.
Setelah beredar saya dan keluarga terus ke Pusat Islam Universiti Sains Malaysia menunggu sahabat dan juga guru fotografi saya iaitu saudara Azhari dari Fotolestari Photography Services. Beliau terus membawa saya sekeluarga ke sebuah sungai yang ada banyak rumah kelihatan seperti kabin di sebalik kilang di Bayan Lepas. Saya rasa jurugambar terutamanya di Pulau Pinang pasti biasa dengan tempat ini.
![]() |
Foto saya dan keluarga oleh Azhari Ibrahim (Fotolestari Photography Services) |
Untuk hasil kerja menarik dan mendapatkan khidmat Fotolestari Photography Services, kalian boleh melawati laman: