Cinta Tidak Kesampaian 1 Wanita 10 Lelaki

1 minute read
0
Salam sejahtera semua. Bagaimana anda memulakan hari Selasa? Harapnya semua bersemangat sebagaimana anda di hari Jumaat. Hai ini saya akan cuba menulis sebuah ulasan mengenai buku. Belum pernah buat ulasan lagi sebenarnya.


Tajuk macam propa. Ada rupa tajuk depan akhbar tabloid Metro eh? Malangnya ianya jauh lebih menarik dari itu. Ianya kisah cinta yang tidak kesampaian. Bukan satu tapi sebelas kisah yang bakal menggarap perasaan serta menggerakkan minda anda.

1 Wanita 10 Lelaki ini adalah tajuk sebuah antologi cerpen yang menghimpunkan 11 penulis yang terdiri dari 10 penulis lelaki satu penulis tunggal wanita. Ianya dikeluarkan oleh SO Publishing. Sebenarnya saya memang minat membaca akan cerpen tambahan pula ianya diletakkan di dalam sebuah antologi menjadikan ianya amat berbaloi untuk dibaca.

Ada sebelas buah bingkisan kisah hati yang yang digarap berkisarkan kisah cinta yang tidak kesampaian. Di manakah kita di hujung cinta yang tidak kesampaian? Saya telah membaca buku ini beberapa kali untuk kepuasan maksimum.

Sebelas badai kisah cinta yang bakal menghempas pantai hati anda. Tunggu apa lagi?
  1. Kenangan Cinta Ekspres Rakyat
  2. Apa Akan Jadi Esok?
  3. Hanya Seketika
  4. Tiada Yang Kedua
  5. Melarik Gerhana
  6. Lara Sang Pencinta
  7. Pelamin Anganku Musnah
  8. Tomboy Sayang Ustaz 2
  9. Kasih Terlerai Di Taj Mahal
  10. Rinduku Tiada Berteman
  11. Nazlea
Dapatkan daripada: SO Publishing

Laman rasmi Facebook: 1 Wanita: 10 Lelaki ~ Apabila Cinta Tidak Kesampaian

Versi Ebook di Google Play: Klik di sini atau kata kunci carian 1 Wanita : 10 Lelaki di Google Play.

Pilihan peribadi saya adalah Nazlea :)
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !