Ujian Sebelum Mencari Rezeki

2 minute read
0
Kelmarin ketika saya sedang bersiap untuk masuk kerja telah terjadi suatu musibah. Namun seperti dalam filem 3 Abdul ketika jin tersebut berkata kepada Abdul Wahub,
Balik nanti akan terjadi satu perkara. Tapi kau musti sabar...
Setakat itu saja yang saya ingat. Namun mesej itu sampai di mana saya perlu bersabar. Sedang saya bersiap bau petrol yang kuat menusuk hidung diikuti kecoh-kecoh di luar di sebelah rumah iaitu rumah mertua saya. Saya abaikan dahulu kerana agak normal bau petrol kerana ayah mertua saya turut menyimpan petrol untuk kegunaan mesin pemotong rumputnya.

Setelah siap saya pun keluar dan melihat mertua bersama anak saudara mengerumuni motorsikal saya. Bau petrol masih lagi agak kuat. Kemudian barulah saya tahu apa certitanya.

Saluran minyak dari tangki ke karburator saya dipotong dan si pemotong telah berjaya mencuri 1.5 liter berdasarkan cerita anak saudara perempuan yang keluar melihat seorang kanak-kanak berumur 9 tahun mengisi petrol ke dalam botol air mineral. Dia lari setelah disergah lalu meninggalkan minyak mengalir deras ke tanah. Sebilah pisau dapur turut dijumpai dan dicam oleh nenek si pelaku.

Saluran minyak yang dipotong
Siapa yang tak marah tapi anehnya saya agak rilek kelmarin. Agak tenang. Cuma terkejut dengan tindakan budak tersebut tambahan dengan umurnya yang muda. Rakan-rakannya berkata tindakan tersebut dilakukan kerana ingin mengisi minyak sebuah motorsikal lain. Saya hanya meminta ganti rugi saluran minyak dan petrol penuh tangki berikutan saya baru sahaja mengisinya penuh tangki sebelum pulang dari kerja awal pagi itu.

Saya meninggalkan kekecohan tersebut dan terus ke pejabat. Semua yang berlaku saya serahkan kepada mertua dan isteri untuk diuruskan dan malam itu isteri menyatakan motorsikal saya telah dibaiki.

Ujian Dia datang tanda peringatan. Lagi pun Dia tidak akan menguji umatNya melebihi kemampuan. Sesungguhnya Dia maha adil. Semoga bersama kita mendidik generasi kita dengan lebih baik serta menjauhi perkara-perkara negatif. Tidak dinafikan bahawa betapa unsur negatif itu dekat namun kita sebagai ibu bapa perlu berusaha menjaga generasi kita dari terus hanyut dalam gelombang negatif itu.

Harapnya kanak-kanak itu mendapat pengajaran daripada perbuatannya ini.

Kepada semua ibu bapa saya sarankan anda mengikuti laman facebook Dr Shukri Abdullah di mana banyak tip penjagaan anak yang dikongsikannya. Beliau juga pernah menyentuh isu ibu bapa yang membenarkan anak menaiki motor sebelum masanya.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !