Lensa Nikon Rare Termahal Dilihat Di Ebay

1 minute read
0
Lensa Nikon 13mm F/5.6 kelihatan di Ebay di mana setakat artikel ini ditulis bidaannya berjumlah USD 24500 (RM 80200) dengan 48 pembida.

Foto adalah hak milik/photo belong to bazzarfx
Lensa ini dikatakan rare kerana ianya dihasilkan dengan bilangan yang sedikit iaitu sekitar 300-350 unit sahaja. Walaupun bukan dari kategori lensa pantas namun kebolehannya itu agak menarik. Terdiri di dalam kumpulan ultra wide angle, lensa ini tidak mempunyai masalah distortion (sangat kecil menurut Kenrockwell) sebagaimana lensa dalam kategori yang sama. Ditambah pula dengan bilangan yang sedikit menjadikannya buruan bagi penggemar atau peminat fotografi yang bukan calang-calang orangnya.

Bidaan sedang berjalan
Lensa yang dijual ini dikatakan adalah milik John Charles Dykstra iaitu seorang pakar efek khas dan pelopor penggunaan komputer dalam pembikinan filem. Antara hasil kerja beliau adalah di filem Star Wars dan Spiderman-2. Lensa tersebut yang dibeli sekitar tahun 80-an tersimpan sahaja di inventori syarikat beliau sebelum dijual kepada Sony Pictures seterusnya kepada peniaga Ebay, bazzafx.

Untuk ulasan penuh lensa ini seperti biasa anda boleh ke laman Kenrockwell.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !