Seingat saya sekitar tahun 1997/1998 kad ini dilancarkan. Era 90an memang rancak dengan penggunaan telefon awam. Jika anda masih ingat, lihat sahaja waktu malam, telefon awam memang menjadi tumpuan. Ada yang beratur tunggu giliran. Tapi kalau yang menggunakannya bawa duit syiling sebungkus, baik cari lokasi lain atau cuba lagi esok.
Dalam masa yang sama telefon bimbit sudah pun berada namun tidaklah begitu luas seperti mana sekarang. Kadar tambah nilai prabayar awalnya bermula dengan RM 30. Tidak kurang juga isu penggunaan telefon rumah yang bilnya mencecah ratusan ringgit. Semua kerana tidak tahan menunggu giliran di telefon awam. Jadi nak elak ini semua terjadi maka gunalah Ring Ring Card melalui telefon rumah.
 |
Contoh kad tambah nlai Hotlink oleh Maxis |
Ring Ring Card ini adalah salah satu kad panggilan prabayar daripada Telekom Malaysia. Kad ini juga berfungsi di luar negara. Namun begitu produk ini telah pun
ditamatkan pada 1 Jun 2015 yang lalu oleh Telekom. Anda boleh menggunakan kad iTalk bagi membuat panggilan seperti penggunaan Ring Ring Card.
 |
Ring Ring Card |
Berapa ramai yang pakai telefon rumah sekarang rasanya? Kalau ada talian telefon pun rasanya hanya untuk Streamyx. Macam saja. Penggunaan panggilan melalui telefon bimbit rasanya sudah mengambil alih komunikasi biasa sedia ada.