Kisah Helikopter Nuri Di Saluran History Channel

1 minute read
0
Rasanya kalian mesti amat biasa dengan helikopter Nuri atau pun nama sebenarnya Sikorsky S61A-4 milik Tentera Udara Diraja Malaysia ini. Banyak jasanya di mana ia telah berkhidmat di dalam banyak operasi penting dan pertempuran ketika era insurgensi.

Kini History Channel Asia melalui Astro membawakan anda sebuah dokumentari kisah krew dan anggota yang terlibat mengendalikannya ketika era insurgensi. Dokumentari ini adalah sebahagian dari episod di dalam siri Helicopter Heroes di bawah History Channel sendiri,.Saya sendiri begitu teruja mengenainya ketika kali pertama mengetahu tentang hal ini dan yang pasti bukan saya sendirian. Anda boleh tonton teaser 30 saat di sini.

Jadi saya kongsikan bersama anda jadual siaran dokumentari ini beserta dengan waktu siaran ulangannya. Satu tontonan menarik untuk menyambut Hari Kemerdekaan.
This one hour documentary tells the story of crews and pilots who flew the Sikorsky S61 during the 1969 Communist insurgency and the evolution of its strategic role in protecting and building the nation.

Astro Guide untuk 30 Ogos 2015
Saluran: History Channel dan History Channel HD
Tarikh: 30 Ogos 2015
Masa: 10:00 malam

Berikut adalah senarai waktu slot tayangan ulangan dokumentari ini:

  • Isnin, 31 Ogos - 06:00 pagi
  • Isnin, 31 Ogos - 11:00 pagi
  • Isnin, 31 Ogos - 03:00 petang
  • Isnin, 31 Ogos - 07:00 petang
  • Khamis, 3 September - 06:00 petang
Slot selepasnya juga menarik mengenai VAT69. Susunan yang menarik, Saya sudah tonton berkali-kali sebenarnya dokumentari VAT69 itu.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan!
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !