Semput ke Pantai Kerachut

2 minute read
0
Pada 29 Ogos baru-baru ini saya dan rakan-rakan kerja sepakat ke Pantai Kerachut. Setelah beberapa kali merancang akhirnya syukur kali ini berjaya. Kami semua seramai 7 orang. Seorang telah menunggu di Teluk Bahang manakala kami berenam tiba di sana dekat jam 10 pagi.

Setelah mendaftarkan diri di pejabat, kami semua menuju ke pintu masuk dan bergerak dalam jam 10.10 pagi. Titian kanopi masih lagi ditutup. Jadi sesiapa yang melalui Sungai Tukun jangan menghampiri titian kanopi tersebut yang rosak berikutan pokok tumbang.

Sejujurnya saya tidak membuat banyak persiapan. Hanya membawa sepasang pakaian salin dan sehelai kain pelikat untuk bersolat. Itu dari persiapan barang. Persiapan diri pula memang tiada langsung. Sudah tinggal setahun lebih mengayuh basikal dan saya rasakan memang akan 'pancit' dalam misi ini.
Peta yang ada di pejabat pendaftaran.
Kami tidak melalui Sungai Tukun kerana rancangan kami adalah melaluinya ketika balik. Boleh singgah mandi di situ. Beberapa minit sahahaja melewati Pasir Pandak, ujian terus tiba menguji diri. Pendakian bertangga yang agak curam dan sukar bagi saya yang kurang stamina. Kami terasa beban badan yang dibawa. Terdetik di hati menyesal tidak bersenam sebelum misi ini. Seksanya hanya tuhan sahaja tahu. Namun demi niat untuk mencabar diri dan bersama rakan-rakan, saya gagahi juga

Memang agak sukar perjalanan ini. Lebih kurang 3 suku perjalanan rasanya mendaki. Lebih kurang setengah jam sebelum sampai ke destinasi, perjalannya mulai menurun

Lega dan lapang hati ketika tiba di Jambatan Pantai Kerachut. Pantai dengan pasir putih halus sudah kelihatan. Perjalanan diteruskan merentasi pasir putih dan jeti Pantai Kerachut untuk ke lokasi berehat. Setiba sahaja ada yang membuat unggun api dan ada juga yang memancing. Ada juga yang meronda kawasan sekitar selain dari berehat. Untung memang sudah rezeki beberapa ekor ikan berjaya dinaikkan dan dibakar menjadi juadah hari itu.

Bergambar di Jambatan Pantai Kerachut

Gambar sekitar misi Pantai Kerachut
Pejalanan balik? Tak nak cerita panjang. Kaki agak sakit namun digagahi juga. Terasa perit juga untuk sampai ke Simpang Pak Abbas. Dari situ laluan menurun terus ke Sungai Tukun. Laluan sedikit semak mungkin kerana kurang dilalui orang. Sampai di Sungai Tukun ada yang mandi dan berehat. Saya sekadar membasahkan kepala dan merendam kaki yang kesakitan sedikit itu.

Kami menyusuri pantai selepas Pasir Pandak ketika pulang
Syukur semua selamat pergi dan balik walaupun ada beberapa halangan yang terjadi. Terima kasih kepada semua yang sanggup bersusah payah untuk menjayakan misi ini. Terdapat juga perbincangan tentang trip kedua ke tempat yang sama. Nampak gaya kena bermula senaman dari sekarang.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !