Ringkas dan padat serta sendat. Tiada alasan tiada masa membaca!
![]() |
Sesembang serta Kopi, Teh dan Susu yang tiba siang tadi |
MM Vectoristic ini juga dikenali sebagai Chip. Saya sudah lama mengikuti facebook beliau untuk melihat nukilan terkini beliau. BErtahun-tahun latar belakang yang digunakan beliau tidak berubah yang berbeza cuma watak mengikut keadaan semasa. Latar belakang pejabat yang digunakan itu adalah kerana di situlah beliau mencari ilham menghasilkan nukilan-nukilan beliau.
Sesembang
Kalau anda ikuti laman Facebook MM Vectoristic ianya bermula sekitar 2012 di mana ia menggunakan nama Sembang Bola. Lama kelamaan ianya berevolusi dengan meluaskan lagi topik merangkumi politik, hiburan, satira, sarkastik, kemasyarakatan, kekeluargaan, sukan dan juga isu semasa.Bermula dengan nukilan di laman sosial kini dibukukan dan diterbitkan oleh DuBook Press Sdn Bhd.
![]() |
Sesembang - Bacaan santai dengan sentuhan pelbagai sudut |
Kopi, Teh dan Susu - Kisah Baba, Mama dan Orkid
Kopi, Teh dan Susu (KTDS) ini baru sahaja dilancarkan pada 1 Januari yang lalu di Pusat Konvensyen Shah Alam sempena event Liqa' Ukhuwah. Komikzine 40 muka surat ini menceritakan kisah Chip bersama keluarganya iaitu isterinya dan juga anak comel mereka Orkid.Secara peribadi ia amat menyentuh jiwa kerana apa yang dilaluinya itu dilalui juga oleh ibu bapa lain termasuk saya yang masih mempunyai anak-anak yang masih kecil. Tersenyum sendiri tatkala menyelak helaian demi helaian KTDS.
KTDS ini hanya berharga RM 7 dan boleh didapati di laman Facebook rasmi MM Vectoristic. Cepat sebelum kehabisan stok!
Sokonglah bakat tempatan kita!
Ada beberapa buku lagi dalam senarai pemburuan. Mengigil memikirkan senarai. Entah bila nak baca kalau dibeli. Hihi!