|
Kredit Foto: Wan Kedah |
Hari ini di Lokalic Art Space, Sungai Petani berlangsung acara Toys Attack seperti yang saya maklumkan dalam pos sebelum ini. Setibanya hampir tengah hari kelihatan agak meriah juga di depan Lokalic Art Centre ini dengan himpunan basikal BMX.
|
Pengunjung di Lokalic Art Space |
|
Pengunjung di Lokalic Art Space |
Apabila melangkah masuk, saya melihat venue agak kecil namun berjaya diisi dengan baik. Pengunjung juga sudah mula datang. Hotwheels seperti selalu tidak pernah lekang dalam arena hobi tempatan di Malaysia. Selain itu ada juga jualan Gunpla, Dragon Ball dan juga action figure. Tidak lupa mereka juga menayangkan Kamen Rider sepanjang acara berlangsung.
Paling menarik saya berpeluang melihat demo mengecat dan membuat kesan luluhawa (weathering) untuk menjadikan model lebih realistik. Demo tersebut dijalankan oleh saudara Nur Iskandar Bin Nuruddin daripada Lifelong Gamers yang mana amat peramah orangnya. Beliau memfokuskan kepada boardgames dan miniature gaming. Jika kita sebut boardgames dan miniature gaming ini tidak lari daripada menyebut siri Warhammer 40000.
|
Nur Iskandar Bin Nuruddin sedang melakukan demonstrasi weathering |
Sekian sahaja laporan Toys Attack. Terima kasih dan tahniah buat penganjur dan krew. Semoga di masa depan akan lebih banyak acara hobi dan pengumpul ini akan berlangsung.
***Foto kurang memuaskan. Telefon mengalami masalah teknikal.