Membedah Nissan Skyline R34 Keluaran Greenlight

0

Salam sejahtera. Kali ini saya ingin bawakan penemuan saya ke atas Nissan Skyline R34 M-Spec dari keluaran Greenlight yang berskala 1:64. R34 ini adalah daripada siri Greenlight Tokyo Torque yang mempunyai 6 kereta kesemuanya. Namun begitu saya cuma mendapatkan dua unit Nissan Skyline R34 M-Spec dan seunit BRE Datsun Baja Z sahaja dari set ini.

Kereta yang terdapat dalam set Tokyo Torque adalah:

  1. 1970 Datsun 240Z
  2. 1971 Datsun 240Z
  3. 1973 Datsun Baja Z
  4. 2001 Nissan Skyline GT-R R34 M-Spec
  5. 2002 Nissan Skyline GT-R R34
  6. 2014 Nissan GT-R R35
Saya memilih untuk membuka clamshell R34 ini. Setelah dibuka dan diamati, kedua-dua R34 yang saya miliki mengalami banyak kecacatan yang sama. Paint chip juga kelihatan di bahagian belakang spoiler (foto tidak disertakan). Namun yang menarik enjin disertakan, tapaknya besi dan ada cermin sisi.

Kecacatan yang tidak dibersihkan di spoiler.

Bahagian bawah.

Ekzos senget.
Hood enjin tidak rapat dan senget. Ada ruang antara body dan cermin depan.
Engsel hood enjin panjang sebelah membuatkan hood tidak rapat.
Namun yang menarik, bahagian enjin nampak bagus berbanding Tomica Premium yang kosong di bahagian ini.

Enjin turut disertakan dengan baik.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !