Jalan-Jalan Ukur Jalan Pejabat Baru

2 minute read
0
Hari ini saya sekeluarga mengisi masa lapang dengan aktiviti mengukur jalan dalam perjalanan pulang ke rumah ibu di Nibong Tebal. Pejabat tempat kami mencari rezeki ketika ini dikatakan bakal berpindah supaya projek pembangunan kawasan tersebut boleh diteruskan. Tidak dinafikan, perpindahan ini adalah topik perbualan harian antara rakan pejabat. Jadi hari ini saya mengambil keputusan untuk membuat satu bancian jarak ringkas.

Foto 1: Berswafoto di premis dikatakan pejabat baru
Perpindahan ini juga banyak akan mengubah rutin sedia ada. Tidak dinafikan pelbagai isu juga berbangkit dengan perpindahan ini terutamanya waktu dan jarak. Antara yang paling kritikal adalah tentang anak yang bersekolah. Untuk menghantar dan mengambil anak-anak bersekolah adalah satu isu paling besar yang kami hadapi selain jarak dan waktu. Memandangkan kami menghala jalan yang sama, maka isteri mengajak saya melihat jarak ke premis yang dikatakan bakal pejabat baru kami.


Petunjuk
*** Rumah: Kubang Ulu, Bukit Mertajam
*** Sekolah: Belakang Aeon Big, Seberang Jaya
*** Pejabat Baru: Penang Science Park, Bukit Minyak

Laluan tanpa hantar anak ke sekolah


  • Rumah ke Plaza Tol Bukit Tambun – Melalui Lebuhraya Utara Selatan: 22.7 km
  • Plaza Tol Bukit Tambun ke pejabat baru: 4.6 km
  • Jarak keseluruhan rumah ke pejabat baru: 27.3 km

Laluan jika menghantar anak ke sekolah


  • Rumah ke sekolah – Melalui Jalan Permatang Nibong: 9 km
  • Sekolah ke pejabat baru – Melalui Lebuhraya Utara Selatan: 18.7 km
  • Jarak dari sekolah ke pejabat baru: 18.7 km

Sedikit foto dari sesi ukur jalan petang tadi.

Foto 2: Laluan ke Penang Science Park.
Foto 3: Penang Science Park
Foto 3: Premis dikatakan bakal pejabat baru
Foto 4: Gambaran luar untuk parkir kenderaan pekerja
Foto 5: Gambaran luar untuk parkir kenderaan pekerja
Foto 6: Bertentang dengan Lebuhraya Utara Selatan
Laluan pergi dan balik adalah amat sibuk di jalan persekutuan mahupun menggunakan lebuhraya. Terdapat beberapa point kesesakan yang amat teruk di waktu pagi dan petang. Saya akan membuat pengukuran lain yang lebih terperinci dengan mendapatkan data masa nyata perjalanan.

Selain itu dikhabarkan ada sebuah jalan untuk ke Penang Science Park ini melalui Juru (Exit Autocity) yang mana jalan tersebut hanya dibuka kepada kenderaan ringan sahaja. Ini akan dipastikan semula dengan tinjauan yang akan datang.

Foto 7: Laluan ditutup
Foto 8: Dikatakan dibuka pada waktu kerja siang hari sahaja
Grafik 1: Paparan satelit dari Google Map
Terdapat banyak lagi jalan yang ada dan entry ini akan dikemaskini semula dengan data dan jalan lain.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !