Dipeluk Warga Asing Di Stesyen Minyak

0
Gas image created by Welcomia - Freepik.com
Memang kisah benar seperti tajuk entry kali ini. Benar saya dipeluk oleh seorang warga asing petang tadi ketika balik dari kerja. Syukur juga diberikan detik-detik begini sebagai pengisian dalam perjalanan hidup.

Saat motorsikal dipecut memasuki lebuh raya, mata memerhatikan kadar petrol di meter. Sudah pun hampir ke bawah sekali. Tapi saya tidak risau kerana ada beberapa stesyen minyak sepanjang perjalanan pulang. Selepas tol, saya pun membelok masuk ke sebuah stesyen minyak. Seperti biasa saya hanya akan mengisi RM 5 sahaja kerana memadai dengan perjalanan ulang alik ke tempat kerja.

“Lima ringgit ya” pesanku kepada atendam pam warga asing itu.

Dia memasukkan kad ke dalam slot di pam dan menekan punat-punat di terminal lalu memberi isyarat OK untuk mengisi petrol. Saya mula mengangkat nozzle berwarna kuning itu.


Sedikit pelik kerana isian RM 5 sampai ke mulut tangki minyak. Saya lihat ke arah pam tadi. Jumlah tertera adalah RM 7.70. “Aduh, pening ke apa mamat ni?” bisik hati saya.

Saya beralih ke pam sebelah dan melambai memanggil atendan pam warga asing tadi. Saya hulurkan RM 3 kepadanya dan terus riak wajahnya penuh kehairanan.

“Saya tadi isi lima ringgit saya. Tapi sudah tuju ringgit tujuh puluh sen ni. Itu tiga ringgit, bagi balik tiga puluh sen.”

Atendan pam warga asing itu melihat pam dan tersenyum kecil. Dia pulangkan balik RM 1 kepada saya.

“Saya ini first time jumpa orang macam abang. Lain orang lima puluh sen (terlebih isian lima puluh sen) pun sudah lari.”

Dia sua tangan untuk bersalam. Terus dipeluknya saya. Terkedu sekejap dapat reaksi sebegini rupa.

“Saya doa Allah kasi abang senang. Saya first time jumpa ini macam punya orang. Saya doa banyak-banyak sama Allah” kata atendan pam itu ketika memeluk saya.

Saya ucapkan terima kasih kembali kepadanya. Dia pun mengucapkan salam ketika saya mula menghidupkan enjin. Di riak wajahnya terselah keceriaan.

Saya pernah juga makan di sebuah restoran. Setibanya di rumah, isteri saya memeriksa kembali resit makanan petang tadi. Dia ragu-ragu kenapa harga makanan agak murah kerana menu yang dipilih tidak sepadan dengan jumlah resit. Setelah diperiksa, ada satu pesanan tidak dimasukkan ke dalam resit menjadikan ianya adalah pesanan yang tidak berbayar.

Malam itu selepas Maghrib, kami kembali ke restoran tersebut. Terkejut juga juruwang ketika diceritakan semula hal sebenarnya. Dia juga memberi diskaun atas kesanggupan kami kembali untuk membayar pesanan yang tidak dibayar itu. Begitu juga baru-baru ini juruwang sebuah pasaraya tercicir imbas dua barangan kami. Sampai di kereta terus semak resit dan naik semula untuk membayar.

Kesimpulannya adalah semua orang melakukan adalah kesilapan. Cuma bergantung kepada diri kita untuk cakna.
Adakah kita mahu mengambil kesempatan ke atas kesilapan dan kelalaian orang lain?
*** Terima kasih Mohd Hafiz Misran di atas pembetulan
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.

Terima kasih atas komen anda

Terima kasih atas komen anda

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !